Monday, April 1, 2013

Khadeejah Bella nak dapat adik

Assalamualaikum..
Khadeejah Bella kat sebelah Kay ni sambil tengok Mr Bean- Dead Cat..
Memang sengaja Kat amik yang ada cat sebab Khadeejah Bella suka bangat dengan kucing.
Ok..back to the entry..
Alhamdulillah..Genak perkahwinan kami selama 4 tahun dan 8 bulan, kami bakal mendapat anak baru...
Means Khadeejah Bella akan jadi kakak la..heheh..
Memang Kay nanti-natikan untuk menambah anak dan Alhamdulillah, tercapai juga..
Bila Lau Kong beritahu Atok dan Nenek di Sibu, memang gembira sangat la mereka..
Nenek siap bagi tahu yang Nenek dah berdoa selama sebulan!! hahah
Orang pertama yang Kay bagitahu ialah semestinya Lau Kong, kedua ialah Opah dan Pak Andak, ketiga ialah Mak Long.
Lau Kong tolong bagitahu Atok dan Nenek di Sibu, Sarawak.
Kay tak nak la cerita banyak-banyak sebab Kay buat personal test di rumah menggunakan 2 keping kit yang biasa (RM5.90 sekeping), keputusan yang keluar 2 lines tapi samar-samar. Kay buat test ni bila Kay terlewat hari pertama dan hari kedua.
Makanya, Kay beli pula digital kit test yang berharga 65 dirham, jenama Clearblue..mahal tak?? nak buat macam mana..heheh
Keputusan nya POSITIVE. Yang ini Kay guna bila Kay dah terlewat hari ketiga.
Jadi nya, Kay telefon UniCrae yang terletak di BurJuman untuk set tarikh berjumpa gynea Doc Jaimala..
Makanya harini Kay berjumpa dengan Doc Jaimala..Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Cuma masa scan tak nampak (sebab kandungan berusia 4 minggu hanya sebesar biji poppy). Jadi Doc suruh buat blood test. Pukul 7.30 petang hari ni Kay kena call UniCare untuk dapat kan keputusan. kemudian bila dah dapat keputusan, Doc Jaimala akan beritahu bila next appointment.
Buat masa sekarang ni Doc prescribe supplement selama 3 bulan.

Sekian..


Inilah supplement yang di berikan oleh Doc Jaimala. 1 biji pil setiap hari selama 3 bulan.



No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...