Monday, May 20, 2013

Halal Food in Beijing

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Walaupun tajuk entry ni pasal halal food, tapi Kay tidak la pula berkesempatan untuk pergi makan di restoren halal di Beijing disebabkan kekangan masa semasa berada di Beijing.

Walau apa-apapun, sepanjang berada di Beijing Kay makan makanan yang berasaskan ikan, salad, dan buah-buahan..

Hurm..cerita banyak-banyak tak best so enjoy the pics!!

Sekian.

Fish n Chips..

Buah-buahan..ada buah naga, betik, tembikai

Salad

Kami makan di restoren New yorker yang terletak didalam Xin'ao Shopping Center.  Kalau nak makan memang Kay akan makan di sini di dalam shopping mall ni sebab dekat dekat hotel yang kami tinggal..Sambil berjalan ke shopping center ni kami boleh menikmati pemandangan ni kawasan sekitar dan juga Beijing National Satdium juga dikenali sebagai Bird's Nest yang terletak diseberang jalan.

Yang ini adalah beberapa keping gambar Bird's Nest pada waktu malam yang diambil dari bilik hotel kay di aras 10. Kay tak ke sana pun..hehehe..Dapat ambil gambar dari jauh pon jadi lah..Di sebelah tu ada menara yang bertukar-tukar warna...
Selain dari makan di restoren New Yorker, kami juga makan makanan dari restoren Yoshinoya..Sudah tentu menu nya ialah nasi dan ikan..(ikan kembung kut..yamg best nye ikan ni tak ada tulang..memang isi semata-mata)..Dan juga salad..

Selain dari New Yorker dan Yosyinoya..Kami makan di Mc Donald juga..menunya ialah Fillet O Fish, Fries, dan Pie. yang best nya kat Beijing ni ada Pineapple Pie, Taro Pie dan Red Bean Pie!! Kay kempunan nak makan Red Bean Pie sebab dah tak ada lagi dijual dan telah digantikan dengan Taro Pie...

Taro Pie dan French Fries...
haa..gambar yang terakhir ni bukan halal food ok..Ceritanya begini..Kay nak sarapan dan order la Rice Congee with Condiments Chinese Style..Kay budget macam biasa la bubur nasi..(lupa pulak ni negara China dan Kay mintak pon Chinese style...) Haa..datang la ulat sutera tu kot...Yang kat tengah-tengah atas warna coklat tu..Adoi..loya tekak Kay..Tapi ni pengalaman la..Kay lupa la sini China...heheh..Set ni berharga 48RMB. Ynag lain lain tu ialah sayur jeruk, timun jeruk, red raddish, dan yang tengah-tengah warna emrah tu tauhu busuk kot..



No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...