Monday, May 20, 2013

Fruits in Beijing

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Kat Dubai baru je pukul 11.05 pagi..
Haa..setelah sekian lama Kay tak update blog, makanya hari ni Kay merajinkan diri untuk update..
Untuk pengetahuan semua Kay baru je pulang dari Beijing ataupun juga dikenali dengan nama Peking semalam..(Kalau sebut Peking je, mesti Kay akan ingat Peking Duck! Itu adalah salah satu menu makanan yang sinonim dikaitkan dengan Beijing/Peking)
Baju pun dah lebih 3 kali trip basuh..Nasib baik ada mesin basuh..hehehe..
Entry pertama pasal Beijing ni Kay nak kongsikan pasal buah-buahan di Beijing...
Bukan apa..memandangkan di kawasan yang Kay tinggal ni agak sukar untuk pergi ke restoren halal..makanya Kay membeli stok buah-buahan..Jadi boleh la makan dalam bilik hotel sementara nak tunggu makan diluar bila Lau Kong pulang dari meeting.

Cerita banyak-banyak tak best so enjoy the pics!!

Sekian.

Haa..Kay tulis pasal buah-buahan di Beijing nih bukan hape..sebabnya ada DURIAN!! Kat Dubay ada durian tapi dari kawan-kawan yang pernah beli durian kat Dubai, TAWAR.. Dan baru je kali ni (masa Kay berada di Bejing, ada kawan beritahu sudah terjumpa  Frozen Durian di Lulu Hypermarket..Product og Singapore)

Disebabkan nak makan juga Liu Lian..maka Kay beli yang dah siap kopek berharga 120 yuan per kilo..Yelah takkan pula nak beli Durian dengan kulit nya sekali..Dah la nak seludup masuk ke hotel!! hehehehe..Memang manis dan puas hati !!

Ada juga durian frozen yang datang dari Thailand....Satu pek berat 450 g berharga dalam 69 RMB

Kay beli juga mangga ni sebab nampak kuning dan bau sedap..Kay beli 2 biji je..Rasanya ok not bad.

Haa..Honey dew ni pon Kay beli..Seba cantik dan bau harum..memang puas hati beli sebab isinya lembut dan manis!

Yang ini buah pic..Kay ambil gambar je..tak beli sebab tak gemar...

Yang ni daun sup..Kay ambil gambar ni sebab teringat kat Dubai Kay susah nak jumpa daun sup..Yang ada banyak ialah daun ketumbar yang rupanya seakan-akan daun sup..satu ikat tu 2.90RMB

Ini adalah bahagian yang menjual sayuran dan buahan di dalam pasaraya Rainbow yang terletak di dalam Xin'ao Shopping Center

Tembikai..tapi Kay tak beli sebab kat Dubai dah puas makan tembikai..ada yang diimport dari Oman dan ad a juga dari tempatan (UAE)

Yang ini buah kurma kut kalau tak silap..

Haa..yang ini kat Pearl Market..Kawan Kay ada cakap supaya cuba buah ceri di Beijing..manis katanya..Jadi masa berjalan ke Pearl Market (Kay akan kongsikan apa yang ada kat Pearl Market ni di entry yang akan datang..) Kay ternampak ada orang jual sayur tepi jalan..Makanya Kay cakap dengan Lau Kong apa kata kita berjalan ke belakang tu sikit dan nampak ada juga orang jual buah!! Heheeh..Alhamdulillah..jumpa juga buah ceri..kalau tak kempunan Kay..Harga ceri ialah 25 RMB untuk setengah kilo (rasa ceri yang Kay beli ni tak ada la manis sangat..dia ada masam-masam sikit..). Sementara Lau Kong membeli Kay tanya la apa buah yang warna merah kat sebelah ceri tu..Makanya penjual tu bagi la try test...Rupa buah tu macam pulasan..ada rambut..tetapi buah ni terus gigit..tak ada kulit..rasanya manis dan sedap.Tak la pelik rasa buah nya..Kay tak tahu apa nama buah ni..tapi yang penting Kay rasa buah ni hanya ada kat China kot sebab masa Kay nak balik ke Dubai ada wanita Cina ni bawak satu bakul kecil (hand carry)..Selain itu ada juga buah pic dan mangga..Berbalik kepada buah yang berambut warna merah tu, Lau Kong pun risau juga nak makan sebab kita tak tahu buah ni jatuh atas tanah ke? Sebab terus dimakan tanpa dibasuh..Kay masa makan tu tawakkal je la..kalau tak rasa nanti kempunan pulak..heheh..Tapi Alhamdulillah..so far so good! Dah sampai Dubai dan sihat..hihihi


No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...