Tuesday, May 28, 2013

Selamat Hari Lahir yang ke 60 buat Mak Itam ku sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni Kay nak tulis pasal birthday yang ke 60 buat mak saudara Kay ataupun lebih dikenali dengan panggilan Mak Itam..
Masa kecik-kecik dulu bila balik kampong di Batu Pahat, Kay dan adik-beradik akan bertandang dan bermain di rumah Mak Itam..
Bukan apa sebab ada sepupu-sepupu yang sama baya dan rumah Mak itam banyak mainan dan Mak Itam selalu masak best.. Ada yang Kay paling ingat Mak Itam rajin memasak dan antara yang Kay ingat ialah kuih siput.
Dia tu dari tepung dan dipintal macam siput dan warna merah.Kuih tu dikukus kalau tak silap.
Pastu rumah Mak Itam banyak air gas (Pepsi, Mirinda Oren, Mirinda Strawberry etc..). Itu yang best tu kalau raya kat rumah Mak Itam..heheheh..
Bukan sahaja Mak Itam pandai masak, tapi Angah juga pandai masak.
masa kecik-kecik, Kay rasa kagum la dengan Angah yang pandai masak mee goreng..
Dulu Kay masa kecik-kecik tak biasa ke dapur.
Dah tua bangka ni baru nak belajar masak...hahahaha..
Dah duduk Dubai ni baru la rajin, kalau kat Malaysia, Kay rajin memasak kat kedai makan je lerr....heheheh


Apa-apapun semoga Mak Itam dipanjangkan umur dan dimurahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Amin..


Ok la membebel banyak-banyak tak best so please enjoy some of the pics!

Yang tengah-tengah pakai tudung kuning tu lah Mak Itam ..Tersenyum simpul diapit Angah dan Pak Andak (Adik lelaki Mak Itam merangkap my father.. Jangan main-main Pak Andak ni garang tau..hihih) Tanggal 28 Mei birthday Mak Itam, tanggal 13 Mei birthday Pak Andak..Kiranya entry ni sekali la wish untuk Bak sekali..heheheh..Semoga adik beradik ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...