Wednesday, May 22, 2013

Tips to Beijing

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Haa..inilah yang Kay tunggu -tunggu untuk kongsikan dengan semua..
Hahaha..(gelak jahat sikit..) Bukan hape..Banyak sangat yang Kay nak ceritakan tapi tak tahu macam mana nak tulis..
Makanya Kay bahagi-bahagikan cerita-cerita mengikut episod..(Macam drama bersiri lah....)

Sila klik untuk keterangan lebih lanjut

http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/09/cara-memohon-visa-ke-china.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/pengalaman-naik-beijing-subway.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/pearl-market-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/silk-street-market-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/fruits-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/halal-food-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/a-visit-to-temple-of-heaven-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/emirates-lounge-in-dubai-and-in-beijing.html

Ok..bila kali pertama nak pi Beijing, mestilah excited!
Jadi masa packing, Kay ada bawa buah limau dari Dubai..Bukan ape, limau tu manis dan sedap. Kebetulan kami akan berada 5 hari di Peking, jadi bawa je la..
Selain dari limau, Kay ada bawa Milo tin kecil, roti dan biskut untuk Khadeejah.
Yang lain macam biasalah..baju baju..

Haa..cerita banyak-banyak tak best so please enjoy the pics!

Ke Beijing kami bawa 2 beg besar.. Dari Beijing ke Dubai dah jadi 3 beg pulak..hehehe

Apa yang Khadeejah nak kat Walid tu?

Khadeejah main di kids play area di dalam Emirates Lounge

Haa..ramai orang yang datang ke Peking!! Untuk masuk ke China memerlukan visa. Bila nak masuk tu kena isi borang. Borang telah diberi siap-siap masa dalam kapal terbang. Tapi kalau tak diberi, borang tersebut ada dikaunter. Jangan risau. Bila nak keluar dari Beijing pun kena isi borang sepertimana nak masuk.

Kan Kay ada bawa limau. Rupa-rupanya buah, sayur, biji benih adalah barang larangan. Maka limau Kay kena rampas. Walau apa-apapun, Alhamdulillah sebab tiada denda yang dikenankan. Untuk pengetahuan, sebelum Kay ada seorang warga China yang juga ditahan dan barangnya di rampas. Nak tahu tak apa barangan nya? Dia baru balik dari Africa dan bawa banyak kuku harimau (lebih dari 10 mungkin), gading gajah, tanduk dan sebagainya yang berkaitan dengan haiwan liar..Apa lagi kena rampas la..Bengang juga muka pakcik tu..Yelah mungkin mahal kan gading, kuku, tanduk semua tu...

Khadeejah pantang tengok kucing. Mesti dia akan buat bunyi kucing..

Kenangan kali pertama kena rampas barang di China..heheh
Disepanjang perjalanan nak ke Departure Hall ada lukisan lukisan yang memaparkan etnik-etnik wanita di China..

No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...