Friday, August 23, 2013

Resipi Asam Pedas Ayam Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar semua?
Haa..lama Kay tak update blog sebab nya sibuk balik dari beraya di Malaysia..
Ditambah pula dengan berbadan dua...Tapi entry kali tak boleh di lengah-lengahkan sebabnya kalau lengah, lupa segala ilmu yang dipelajari siang tadi..
Ok..Berbalik kepada tajuk entry diatas...
Apa yang membuatkan Kay nak makan Asam Pedas Ayam ialah, bila beraya di Johor, Kay ternampak Mak Anjang buat asam pedas ayam..Haish segan pulak nak mintak..
Kat rumah Kay , mak hanya masak Asam Pedas Ikan sebab Bak tak makan asam pedas selain dari ikan...
Jadi Kay simpan hasrat nak makan asam pedas ayam ni ke Dubai sebab Kay ada bertanyakan Mak Anjang cara-cara dia membuat Asam Pedas..
Selain dari Asam Pedas Ayam, jiran rumah Kay pulak buat Asam Pedas Tetel pulak..Lagi membara la semangat nak belajar buat Asam Pedas yang berasaskan daging...

Bila dah sampai di Dubai, Kay berhajat nak buat makan-makan sempena raya (Kay buat kecil-kecilan sahaja sebab tak larat nak panggil ramai-ramai..heheh..Kay panggil jiran tetangga di sekitar Sheikh Zayed Road) dan juga sempena birthday Lau Kong..Memandangkan Lau Kong outstation, jadi Kay rasa  perlu lakukan sesuatu dari goyang kaki..cewahhh..Kalau Lau Kong ada boleh la pergi jalan makan-makan celebrate...(silap-silap Lau Po yang dapat hadiah instead of Lau Kong yang dapat hadiah birthday...hahah)

Haa..Asam Pedas Ayam yang Kay buat tadi Kay dah masukkan dalam freezer sebab bila Lau Kong balik outstation, Kay boleh bagi Lau Kong try!! hihihi..

Alhamdulillah..Pucuk dicita ulam mendatang...Kak Rashidah Mahzan, anak jati Johor sudi datang ke rumah Kay dan memenuhi undangan Kay untuk makan-makan (Bihun Soto) dan sekaligus mengajar cara-cara memasak Asam Pedas Ayam Stail Johor. Kay bernasib baik juga sebab Kak Shidah ada stok daun kesom (kalau takde pon ok cuma kurang la aroma nya...)

Bahan-bahan:
  1. 1 kilo ayam
  2. Bawang putih, bawang besar, halia 1 inci dan belacan sebesar 2 jari
  3. 1 genggam cili kering
  4. 3 batang serai (diketuk)
  5. 1 inci lengkuas (diketuk atau dihiris..jangan dikisar sebab akan menyebabkan masakan menjadi pahit)
  6. Air asam jawa
  7. Lada hitam 
  8. Daun Kesum
  9. Kunyit hidup
  10. Serbuk kunyit
  11. Minyak untuk menumis
  12. Garam
  13. Gula
Cara-cara sila lihat gambar dibawah untuk lebih faham:


Ayam yang telah dibersihkan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kunyit ni untuk memberikan warna yang menarik pada masakan.

Selalu orang akan tanya berapa biji bawang putih dan bawang merah yang diperlukan..(TIPS) Makanya Kak Shidah beritahu, 1/3 bawang putih dan 2/3 bawang besar

Tumiskan bahan kisar (bawang putih, bawang merah, belacan, halia dan kunyit hidup). Kemudian masukkan sekali serai dan lengkuas yang telah diketuk/ dititik. Pastikan minyak betul-betul panas baru lah mula menumis. (TIPS) Cara Kak Shidah pastikan minyak sudah cukup panas ialah dengan merenjis sedikit bahan kisar ke dalam minyak panas. (TIPS) Untuk masakan lebih enak, kita kacau bahan tumisan dengan melawan arah jam atau pun macam kita bertawaf. (TIPS) Kita baca selawat semasa memasak dan Bismillah 5. Boleh Google untuk bacaan Bismillah 5. Gambar diatas ialah rupa tumisan yang sudah TUA (orang Johor cakap la..) Maknanya dah keluar minyak.

Inilah dia Kak Rashidah. Nampak gara pro nya. Bila tumisan sudah TUA atau keluar minyak, barulah masukkan air asam jawa.

Kemudian masukkan ayam yang telah diperap sebentar dengan garam dan serbuk kunyit tadi.

Kita ratakan ayam dengan bahan tumisan dan biarkan seketika sehingga ayam kecut dan keluarkan minyak.

Kemudian kita tambahkan air untuk kuah. (TIPS) Sukatan air yang perlu ditambah ialah sehingga menutup ayam. Jangan terlebih sebab nanti mesti tak sedap. Kalau orang Johor cakap SAMA SERAP.

Akhir sekali ialah masukkan daun kesum, kemudian lada hitam yang dikisar (lagi bagus kalau kita gesekkan lada hitam kat lesung batu). (TIPS) Kita jangan gunakan lada hitam yang telah siap dikisar. Maknanya bila kita masak baru kita kisar lada hitam bagi mendapatkan aroma dan kehangatan lada hitam tersebut. Kemudian letakkan garam dan sedikit gula dan Pak Ajinomoto. Kalau tak guna ajinomoto, boleh gantikan dengan kiub ayam. Untuk masakan Asam Pedas Ayam diatas, Kay gunakan 2 kiub ayam.





Sekian. Selamat Mencuba!!

3 comments:

  1. wahhh..sgt simple n sdppp sgt..tq 4 sharing=)

    ReplyDelete
  2. mmg tengah cari resepi asam pedas ayam ni

    ReplyDelete
  3. Baru je cuba. Mmg sgt sedap ��������
    1st time berjaya buat mcm asam pedas johor sebijik yg dibayangkan. Sebelum ni mmg pnah try resepi len tp x jd ��

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...