Friday, July 26, 2013

Resipi Ais Krim Malaysia Perisa Nangka

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Lama Kay tak update blog..
Bukan ape, sibuk la bila berada di Malaysia...
Kay berpuasa dan beraya di Malaysia.. Bila dah ada di Malaysia, Kay sibuk la mencari makanan yang tak boleh didapati atau sukar didapati di Dubai...
Haa.. Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi ais krim Malaysia perisa nangka...
Cerita nya bermula bila Kay beli buah nangka yang tak berapa rangup.. Tapi tidak pula benyek... Boleh dimakan tapi kurang la sikit...
Kebetulan Kay tengah kisah buah oren untuk dibuat jus bagi berbuka puasa...
Tiba- tiba Kay teringat buah nangka dalam peti sejuk...
Dan tiba-tiba juga Kay teringat pernah makan ais krim Malaysia perisa nangka masa kecil- kecil dulu masa di kampong Rambai Tujoh...
Untuk pengetahuan, di kampong banyak pokok buah- buahan seperti buah rambutan, manggis, ciku, jambu air, nangka .. Pokok petai pon ade...
Bila musim buah-buahan, banyak buah sampai tak termakan...
Masa pokok nangka berbuah... Banyak la buah nangka..
Kay teringat arwah Opah buat ais krim Malaysia perisa nangka... Memang sedap... Kiranya setelah sekian lama ( masa kecil dulu ), baru sekarang Kay makan semula ais krim Malaysia perisa nangka.. Ok..

Bahan - bahan:
1. Buah nangka
 2. Air masak

 Cara-cara:
1. Masukkan nangka dan air masak ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga halus dan lumat.
2. Seingat Kay, arwah Opah tak masak air nangka yang telah dikisar dan terus dimasukkan dalam plastik ais krim. Tetapi memandangkan Khadeejah Bella nak makan, makanya mak Kay suruh masakkan air nangka tersebut sehingga mendidih sebab dikhuatiri kalau tak dimasak takut kembung pula...
3. Bila dah siap masak sehingga mendidih, biarkan pada suhu bilik sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam plastik ais krim dan sejukkan.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...