Sunday, September 1, 2013

Khadeejah Bella 2 tahun 5 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan perkembangan my princess Khadeejah Bella..
Lagi 4 bulan, akan ada new princess pula..hehehe..
Ok..cerita kali ni ialah pasal Khadeejah dah pandai pilih baju sendiri..
Pada mula nya Kay geram juga la sebab Kay dah pilih kan baju yang sesuai untuk dipakai..
Contohnya kalau nak pergi jalan-jalan ke shopping mall, Kay nak pakaikan skirt etc..
Tapi Khadeejah nak pakai seluar panjang dan baju yang dipilih sendiri yang kadang-kadang tak sesuai atau tak matching..
But Kay take it possitively dengan ikutkan kehendak Khadeejah..
Bagus juga dia suka pakai seluar panjang..heheh..
Lagipun bila Khadeejah taknak pakai baju yang Kay pilih, dia akan cakap "No" or :Tak Nak"..
Kiranya ada interaction dan communication antara Kay dan Khadeejah sekaligus menggalakkan Khadeejah Bella untuk bercakap..
Selain dari itu, bila Kay bawa Khadeejah ke rumah kawan-kawan yang mempunyai anak-anak kecik atau yang sebaya dengan Khadeejah, seperti biasa dia nak berkawan.
Dan Alhamdulillah, Khadeejah ni jenis yang tak pandai nak pukul-pukul.
Kalau main sesuatu mainan seperti push car, selalunya Khadeejah akan beralah..
Tapi kalau mood dia tak baik, dia taknak mengalah dan akan menangis minta Kay tolong dia..
Dan malam tadi, Kay melawat kawan yang tinggal satu apartment disini.
Mempunya seorang anak lelai yang sama baya dengan Khadeejah, nama nya Muhammad Riduan..
Khadeejah say " No touch" bila Riduan nak pegang push car tu..(Kali pertama Kay dengar perkataan "Touch" keluar dari mulut Khadeejah sebab selama ni dia cuma cakap "No" saje..hehehe
Alhamdulillah sejak balik dari beraya di Malaysia, Khadeejah sihat. Tak ada batuk, demam atau selsema. (Selsema la yang Kay paling tak gemar sebab bila Khadeejah selsema, Kay sekali akan selsema, bila selesema Kay tak boleh nak amik ubat seperti Clarinase sebab tengah pregnant. Kay pun kesian kat Khadeejah bila hidung dia tersumbat dan terpaksa bernafas ikut mulut.)
Sekarang ni Kay kurangkan berjalan diluar sebab keadaan masih panas dan berdebu (walaupun keinginan nak berjalan itu kuat sebab ada SALE!!!!!)
Tak mengapa lah, Kay tahan dulu, nanti bila second baby dah keluar dan mak mertua ada di Dubai maas winter, Kay akan berjalan puas-puas dengan mak mertua..heheh..
Sekarang ni Kay duduk diam-diam dan buat wish list panjang-panjang..hahahah

Memandangkan musim sejuk bakal menjelma, dan kami bakal menyambut kehadiran orang baru, makanya Kay mint aLau Kong belikan humidifier yang berfungsi untuk melembabkan udara dalam rumah. Bukan apa, bila musim sejuk makanya udara sekeliling mengeringkan kulit. Mungkin lepas ni kami nak beli air purifier pula..heheh..Sekarang tengah SALE di HOME CENTRE. Harga asal humidifier ni ilaha Aed 179. Lepas diskaun ialah Aed 139 kalau tak silap. Kalau jenama OSIM Kay dah survey, harga nya dalam Aed 325. So kami beli yang ini lah...


Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...