Tuesday, October 1, 2013

Sewing Crib Bumper and New Pillow Case for my Second Bella

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Haish..agak lama tak update blog..
Bukan apa..Kay sibuk dengan projek jahitan..hihihi..
Jadi, sekarang tiba lah masanya untuk Kay kongsikan apa yang Kay buat beberapa minggu yang lepas..

Sekarang Kay dah masuk trimester yang ketiga dan ligat berfikir apa projek jahitan untuk dilakukan untuk menyambut anak kedua!! Selain dari beli baju baru dan sebagainya, apa kata Kay jahit sesuatu.
Alhamdulillah, pada pemeriksaan yang lalu pada 14 September 2013, baby dalam keadaan yang sihat.
Cuka Kay yang terlebih tambah berat badan. Doktor suruh Kay banyakkan berjalan dan kurangkan makanan manis seperti coklat dan sebagainya.

Ok...kembali ke tajuk entry diatas...Lets enjoy the pics below!!









Alatan yang diperlukan adalah seperti dalam gambar diatas. Mesin jahir, gunting kain, snipper, pita ukur, benang mengikut warna kain, dan 2 kain cotton yang berlainan corak. Kalau nak pakai satu corak pun boleh..Cuma mungkin kurang meriah la sikit. untuk projek kali ni Kay pilih warna merah jambu sebab bakal menerima Bella lagi!!



Selain dari kain, kita perlukan batting. Inilah yang bertindak sebagai penghalang bila bayi atau kanak-kanak terhantuk di tiang kayu. Batting ni ada pelbagai jenis dari material semulajadi dan material polyester. Kay beli dari jenis polyester dan jenis yang tebal. Kay beli di Satwa. Untuk batting yang tebal berharga 10 dirham per yard. Untuk batting poluester yang nipis berharga 7 dirham per yard. Kalau beli banyak, harga boleh ditawar.
 
Untuk mengikat jumper yang telah dijahit pada tiang kayu, Kay gunakan velcro. Kalau mengikut model asal iaitu Wonder Bumpers, zip digunakan. Tapi bila Kay tengok YouTube, ada yang menggunakan velcro, jadi Kay pun ikut la..hihihi
   
Ada sebab kenapa Kay buat crib bumper yang macam ni. Bukan tak nak buat crib bumper yang seperti biasa, cuma bila Kay buat research, this is the best design. Agak leceh juga nak buat, tetapi hasilnya memuaskan. Bagi yang tiada masa, boleh saja beli online. Search saja Wonder Bumpers.
         

Untuk menjahit crib bumper ni, Kay ukur tinggi dan ukur lilit bagi setiap batang kayu. Untuk potongan kain, Kay lebihkan 1 inci sebagai basi dan untuk potongan batting, Kay kurangkan 1 inci. Untuk velcro, potong mengikut ketinggian batang kayu. Faham tak? Mudah saja sebab jahit lurus. Cuma yang leceh ialah nak gunting kain banyak-banyak. (Sebenarnya Lau Kong belikan crib ni untuk Khadeejah bella..tapi dia taknak tidur kat dalam crib ni..Manalah tahu, lepas tengok adik tidur dalam crib ni, dia pulak nak tidur kat dalam ni..Bersyukur Kay..hehehe)


Haa..lebihan kain dari buat crib bumper ni, Kay buatkan sarung bantal. Bantal tu Kay recycle dari Khadeejah Bella. Tapi Kay beri nafas baru dengan menjahit sarung bantal yang baru!! Cuma sarung bantal kepala tu, Kay buat yang ada tepi..Kalau nak tahu, boleh search di YouTube cari Sewing Pillow Sham. Untuk tutorial menjahit bantal sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/05/cara-cara-menjahit-bantal-bayi.html?showComment=1380283713458

Apa-apapun, thank you Lau Kong for the support !! Bukan ape, banyak juga cabaran untuk membuat crib bumper nih.. Dengan kain tak cukup dan Khadeejah Bella menjadi assistant, agak melambatkan kerja-kerja menyiapkan crib bumper dan sarung bantal.
LAst but not least, sarung tilam tu pon Kay jahit sendiri. Senang je. Boleh tengok di YouTUbe!!


Sekian terima kasih.
 
 

5 comments:

  1. ooo..kay bt stail ni...sy ingt nk bt mcm besa yg petak tu ja.hihihiihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bule ja nak buat yg macam biasa.. Cuma kalau buat yg macam ni bule pakai sampai anak 1-2 tahun kot.. Cuma leceh la nak menjahit nya.. Agak lama juga masa diambil kalau kita buat stop stop..

      Delete
  2. Salam ziarah Kay, cantik sungguh! Warna pink lagi. Lebih selamat untuk baby kan.

    ReplyDelete
  3. Hye kay...where did you buy the batting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..I bought it at sewing accessories/craft shop at Satwa road, Dubai. In Sibu, Sarawak, Malaysia, I found it at selected fabric shop.

      Delete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...