Monday, October 7, 2013

Tutorial Mudah Headband

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan cara mudah membuat aksesori kepala (headband).
Kebetulan Kay tengok youtube bagaimana cara membuat headband. Dan semua bahan-bahan dan alatan ada di rumah.
Model pun ada iaitu my lil princess, Khadeejah Bella..heheh..

Masa buat headband ni, Kay teringat kawan-kawan yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah antabangsa di Dubai. Bukan apa, menurut kawan-kawan, ada aktiviti di sekolah seperti Red Day, Green Day, Pink Day yang mana memerlukan anak-anak perbaju mengikut tema warna pada hari tersebut. Jadi kepada ibu-ibu yang mempunyai masa dan minat, boleh la membuat aksesori mudah ini untuk anak-anak...hehehe..Tapi kalau tak ada masa, beli saja dikedai lagi mudah dan cepat!!!

Ok..jom lihat gambar dibawah..

Ini adalah alatan yang diperlukan. Hot Glue, 2 warna kain felt, penutup bulat berukuran 5 cm, getah, jarum dan benang. Sebenarnya penutup tu iala penutup bekas kaca ikea yang telah pecah. Kebetulan Kay memerlukan bentuk bulat dan terjumpa penutup ikea ni dan memang berukuran seperti yang Kay kehendaki iaitu 5cm (nasib baik tak buang penutup ni, ada juga kegunaannya..heheh) . Kalau Nak buat lebeih kecil atau lebih besar pun ok. Mengikut citarasa masing-masing.

Langkah pertama ialah menyediakan bulatan. $ bulat warna merah dan 3 bulatan warna merah jambu. Kemudian jahitkan getak mengikut ukuran kepala yang dikehendaki.

Selepas buat bulatan, kita lipatkan dua. Menjadi separuh.

Kemudian kita lipatkan lagi separuh, menjadi satu per empat.. Dan jahitkan penjuru dibawah.

Lima kelopak bunga telah siap dilipat dan dijahit dibahagian bawah.

Susunkan diatas bulatan berwarna merah. Kemudian gam dengan hot glue. Bulatan merah yang lagi satu tu, kita gunakan untuk menutup bahagian bawah supaya nampak kemas.

Kelopak bunga yang telah siap di gamkan pada getah rambut.


Sekian terima kasih.

3 comments:

  1. bunga tu di letak pada band yg bli ke or buat sndiri sis?

    ReplyDelete
  2. ada jual.dimana band tu yer? kedai alat jahitan ke? dijual ikut meter?

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...