Friday, November 15, 2013

Menghias Bakul Buah khas untuk Kak Rashidah Mahzan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama Kay buat hiasan bakul buah atau dalam bahasa inggeris, Fruits Basket Decor.
Bukan apa, Kay nak melawat Kak Rashidah yang berada di MedCare lepas solat Jumaat ni. Kak Shidah baru lepas menjalani endoscopic surgery bagi membuang batu batu disekitar kawasan usus.
Akan ada lagi pembedahan yang kedua iaitu untuk membuang batu di hempedu.
Jadi, bila nak melawat orang sakit, Kay nak bawak buah tangan.
Disebabkan Kak Rasidah Mahzan ni istimewa, Kay berhasrat untuk membuat bakul buahan dan menghiasnya khas untuk Kak Shidah.
Kak Shidah ni special sebab Kak Shidah tak kedekut ilmu kalau nak belajar measak dengan dia. Bukan setakat nak belajar memasak, menjahit pun boleh. Dia siao bawak mesin jahit tepi dari Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang tak ada mesin jahit tepi, boleh pinjam dia punya. Kay belum lagi nak pinjam sebab tengah pregnat, maka aktiviti menjahit dikurangkan.
Tetapi Kay ada hasrat untuk membeli mesin jahit tepi di Dubbay ni..
Kay tengah tunggu masa yang sesuai untuk membelinya...(Kalau nak beli barang, tak boleh terburu-buru..kena sabar sikit...)
Ok berbalik pasal memasak, Kay ada banyak lagi resipi yang belum belajar dari Kak Shidah..Antaranya Mee Kari, Mee Bandung, Mee Rebus dan sebagainya.

Diharapkan Kak Shidah cepat sembuh..banyak lagi aktiviti kelas memasak dan menjahit yang Kay nak belajar!!! heheh..

So enjoy the pics!!!


Sekian terima kasih.
Buah-buahan Kay keluarkan dari peti sejuk. Kay beli buah di HyperPanda yang terletak di Dubai Festival City. Kami ke sana sebab Lau Kong nak beli papan dan bahan-bahan untuk membuat projek Home Improvement yang seterusnya..Kalau tak, Kay ingat nak pergi ke Carrefour di Mall of Emirates..Sebab Kay ada free voucher bernilai 50 dirham. Valid sampai bulan November ni...

Yang ini pula ialah alas atau tapak untuk Kay susu buah-buahan, Kay beli di ACE Hardware Store.

Alas ni hanya untuk tujuan decoration. Tak boleh masuk microwave dan juga disgwasher.

Antara buah yang Kay beli ialah buah Alphonso Mango..Product of Indonesia. Kay dah try mango Indonesia ni, memang manis.

Yang ini pula buah kiwi, product of New Zealand.

Ni pisang , product of Philiphines

Navel Orange, product of South Africa...Cakap pasal buah oren ni..ada bermacam-macam jenis buah oren ok. Ada Valencia Orange, Navel Orange, Minolas..Sama juga dengan epal..ada Royal Gala, Pink Lady dan sebagainya..Kalau kit anak buat epal pie misalnya, ada jenis jenis epal yang sesuai untuk digunakan..

Yang ni epal merah, product of New Zealand

Yang ini adalah hasil gubahan yang pertama Kay buat..Kay lapiskan dengan kertas yang digumpal-gumpal untuk bagi tinggi. Tapi Lau Kong komen tak cantik dan tak kemas.

Haa..yang ini adalah hasil yang terakhir..Kay gunakan 2 biji epal untuk sendalkan pisang tu. Kemudian Kay tambahkan strawberry, product of U.S.A dan juga pisang kuning yang kecik-kecik tu..rasanya dari India.

Untuk kad ucapan, Kay buatdari kain felt. Kay gunting bentuk burung dan balutkan batang satay engan Scotch tape yang bercorak.

Inilah ahsilnya lepas di balut dengan cling wrap. Teknik membalut  ni kena belajar lagi supaya nampak kemas.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...