Wednesday, December 11, 2013

Ayshah Bella's Story

Assalamualaiakum dan salam sejahtera...
Hihii..Hari ni bersamaan dengan 7 Safar 1435 genap Ayshah Bella Bt Khanif berusia seminggu..
So Kay nak berkomgsikan cerita melahirkan Ayshah Bella..Kalau simpan lama-lama takut tak ada mood nak tulis..hahaha..
Ok Kay akan tulis ikut kronologi..

Sebelum itu Kay nak beritahu la, Kay pilih untuk di induce sebab sebelum ni dengan Khadeejah Bella pun Kay induce. Kali ni Kay mintak induce sebab tak confident nak tunggu pecah air ketuban kat rumah dan sebagainya baru nak pergi ke hospital. Lagi pun Kay tengok Ayshah Bella tu relax je kat dalam. Macam tak nak keluar jer. Walaumacam mana pun, Ayshah Bella dah full term. So memang patut la induce. Lagi pun Kay tak nak susahkan Lau Kong sebab Lau Kong bekerja. Bila di induce, maka kita dapat bersiap sedia mentally dan physically..chewahh... Alhamdulillah, sepanjang nak tunggu tarikh di induce, cuti selama 1 minggu sempena Dubai menang untuk menjadi tuan rumah bagi EXPO 2020 dan juga cuti sempena National Day yang jatuh pada 2 December 2013.

Feel free to read..

2 December 2013
  • Lepas solat Isya' kami (Atok dan Nenek ikut sekali) bergerak ke MedCare Hospital. Sepatutnya masuk ward pukul 1030 malam. Tapi Kay datang awal lepas Isya' dalam pukul 8 malam.
  • Dalam perjalanan nak ke MedCare, kami singgah di Satwa Falcon untuk beli Shawerma untuk Khadeejah Bella. Sebab dia tak makan nasi lagi.
  • 830malam kami sampai di MedCare dan terus ke cashier/ Billing Department untuk urusan pendaftaran sebelum dapat masuk ke ward. Nasib baik datang awal sebab ada masalah sedikit (pihak Ob/ Gynea tak hantar documentation ke company untuk tujuan pembayaran. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan. Jadi kami tunggu staff di wad untuk ambil kami di lobby.
  • 900malam staff datang dan bawa Kay ke bilik yang berkongsi 4 orang tapi ada divider la..hihihi..Bilik tu kecil je. Ada katil dan 1 kerusi. 
  • Nurse bertugas bernam Hersheys (mana nama coklat plak..) datang dan ambil info seperti agama, warganegara, allergies to any medication, family history dan any operation done before.
  • Kay ditempatkan di bilik nomber 207A.
  • 921malam lepas buang air kecing, ready for CTG. Kemudian diberi tag nama yang dipasangkan pada tangan.
  • 1001malam, dah siap buat CTG dan nurse datang untuk ambil kertas untuk di berikan pada residence doctor. 
  • 1031malam, residence doctor, Dr Sonia datang dan buat sweeping yang juga bertujuan untuk introduce contraction.
  • Nenek ambil Khadeejah Bella untuk dibawa pulang ke rumah sebab Kay akan bersalin besok hari iaitu 3 December 2013. Haa..ni lah saat yang Kay rasa sedih sebab kali pertama berpisah dengan Khadeejah Bella. Memang sedih sangat. Khadeejah Bella pun menjerit dan meraung-raung macam kena dera bila Lau Kong dan Nenek bawak masuk kereta.
  • Kay kene rehat tapi Kay tak boleh tidur sebab terkenangkan Khadeejah Bella kat rumah. Bila Kay telefon rumah, bila Khadeejah Bella dengar suara Kay kat telefon, dia start menangis. Walaupun diumpan dengan coklat dan ais krim, mulut dia tak habis-habis tanya " mana Ummi? mama Mommy?"
3 December 2013

  • 1221 pagi, buat CTG kali kedua sebelum tidur.
  • 115 pagi siap buat CTG
  • 245pagi Kay tak boleh tidur sebab teringatkan Khadeejah Bella. Pastu Kay order la sandwhich dan juices.
  • 303 pagi makanan yang datang ialah 1 biji telur rebus, 1 keping roti bakar dan 1 cawan teh. Kay tak boleh makan sandwhich sebab orang yang hantar makanan tu cakap, untuk pesakit Doctor Paramjit Kaur Luthra, sudah ada makanan yang telah ditetapkan oleh dia. Untuk pengetahuan, Doc Luthra ialah head of Ob dan Gynea Dept. Muka nya tua dan garang. Bukan Kay yang pilih nak deliver dengan Doc Luthra tapi Doc Jaimala di UniCare yang refer Kay kepada Doc Luthra.
  • 6 pagi, nurse datang untuk ambil blood pressure, suhu badan dan buat CTG lagi.
  • 638pagi, CTG siap dan tablet dah dimasukkan.
  • 640pagi Lau Kong datang.
  • 7pagi lagi satu CTG dibuat.
  • 804pagi CTG siap.
  • 805 dimasukkan edema supaya buang air besar.
  • 822pagi siap buang air besar dan ready untuk masuk ke labor room (LR).
  • 840pagi sudah berada dalam LR
  • 9pagi Doc Luthra masuk dan suruh masukkan ubat untuk increase contration Midwife cakap ambil masa 5-6 jam untuk deliver.
  • 902pagi, Lau Kong pergi ke office sebab ada meeting.
  • 940pagi midwife datang untuk increase the concentration.
  • 1050pagi Doc Luthra datang dan pecahkan air ketuban. Dah buka 2.5 cm.
  • 1140pagi Doc Luthra datang untuk check dan tanya sakit ke tak. Nak pakai epidural ke tak. So Kay pun bersetuju la la nak ambil epidural. Pada mulanya ingat tak nak pakai epidural, tapi tak boleh tahan la..so ambil je la.
  • 1150pagi Doc Shuktila datang untuk epidural.
  • 12 tengahari siap pasang tiub untuk epidural.
  • 1236tengahari Midwife namanya Deepa datang untuk pasang urine tiubdan cek bukaan sudah 4 cm
  • 136tengahari sudah 9cm bukkan. Walid kat toilet dan nak solat Zohor. Tapi lepas ke toilet, Walid singgah kejap ke LR dan memang right timing la sebab Kay dah nak deliver. Rasa macam nak terberak. Doc Luthra tak dapat nak datang sambut sebab ada emergency ceaser. Jadinya Doc Jamalun Nisa yang datang sambut.
  • 155tengahari Ayshah Bella selamat lahir!!Alhamdulillah. Semuanya selamat dan berjalan lancar walaupon pada mulanya Kay macam susah nak push. Bukan hape, Kay lupa cara nak push dengan betul. Lepas tu cuak jugak sebab takut kalau tak dapat push, Doc suruh ceaser pulak. Alhamdulillah ada 2 orang midwife dan Walid kat sebelah. Salah seorang midwife tu naik atak bangku kecil tak tekan perut Kay supaya baby keluar. Senak juga la perut. Tapi apa apapun Kay bersyukur sebab Ayshah Bella lahir Normal Vaginal Delivery (NVD).
  • 430petang Ayshah tidur. 
  • 530petang midwife kata ada private room yang dah kosong. Jadi Kay boleh keluar dari Labor Room dan pindah masuk ke bilik yang selesa.

p/s: penulisan agak kelam kabut sebab Kay tak boleh nak berfikir sangat sebab terkejar-kejar nak jaga Ayshah Bella yang ada kuning sedikit. Besok pagi nak pergi jemur Ayshah kat parking lot.




Sekian terima kasih.


Ni kat lobby sementara tunggu nurse datang untuk bawa Kay masuk bilik. Bawak 1 beg berisi pakaian baby, pakaian Walid dan Khadeejah Bella in case mereka nak tidur dengan Kay.

Dibilik ada disediakan selipar, toilettries macam yang kat hotel tu, dan panties.

Ini lah katil di bilik yang berkongsi 4 orang.



roti bakar, telur rebus dan air teh

yang ini Labor Room.

haa..yang ini private room..ada toilet dalam dia. senang la nak ke tandas. Selesa.

ada kerusi merangkap tempat tidur.

Satu kerusi.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...