Sunday, November 10, 2013

Pengalaman Dubai International Motor Show 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak share pasal Dubai International Motor Show 2013. Pameran in diadakan pada setiap 2 tahun.
Kay tak berapa minat dengan kereta.. Tapi Lau Kong cakap, memandangkan rumah kami dekat, hanya 1 perhetian metro, makanya Kay bersetuju untuk datang ke pameran tersebut.
Lau Kong tambah lagi, mungkin kalau ada pameran sebegini di Malaysia, mungkin akan di buat  di Langkawi (dimana mungkin kami tak dapat datang..).
Kami ke Dubai World Trade Centre dengan menaiki perkhidmatan awam, METRO. Kami bergerak pukul 12 tengahari. Dan pulang ke rumah dalam pukul 430 petang.

Disebabkan pulang lewat, maka kami lunch di Betawi Express di Emirates Tower Metro Station.

Kesimpulannya disini, pada Kay berbaloi la dengan bayaran 55 dirham sebab dapat tengok kereta dari 150 penganjur dan dapat masuk, duduk dan bergambar dengan sesetengah kereta.

Macam kereta Maserati, Porshe, Ferrari, Bugatti tak dapat la ambil gambar sebab kereta tu untuk orang yang memegang pas VIP.

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pics!!


Sekian terima kasih.
Kertas yang warna kuning tu untuk kita masuk cabutan bertuah. Yang kertas warna merah tu, untuk ditukar kepada pass gelang tangan. Supaya mudah untuk kita keluar masuk dewan pameran. Harga tiket ialah 55 dirham untuk dewasa..

2 khemah dibelakang tu ialah tempat penjualan tiket. Kami beli tiket di dalam METRO yangdijual oleh Zoom.

Di luar ada tempat menguji kenderaan FWD Nissan.

Hyundai merupakan penaja rasmi untuk FIFA World Cup Brazil.

Ok..tak sabar dah nak masuk ke dalam dewan pamera..Panas kat luar..Tapi tak la panas sangat sebab nak masuk winter..

Layan Kahdeejah Bella tengok air pancut...

Di ruangan legar ada juga beberapa kereta yang dipamerkan.

Didalam pun ada tempat untuk membeli tiket.


Kereta polis Dubai. Memandangkan di Dubai ni kita boleh dapati banyak kereta mewah yang laju, makanya polis Dubai juga memerlukan kereta yang laju untuk mengejar pemandu jalanraya yang melanggar undang-undang jalanraya..Yang ini Lamborghini....

Yang ini kereta polis Dubai ..Mercedes. ..Ada juga kereta polis Brabus..

Ok..Kami berjalan dari pintu masuk dan disepanjang ruang legar hingga ke belakang. Kemudian baru kami masuk ke dalam dewan pameran, Hall 8.

Masuk-masuk je kereta Mustang..

Yang ini FJ Cruiser

Motor pun ada juga dipamerkan..

ENOC adalah singkatan bagi Emirates National Oil Company..Kay ada masuk pertandingan apakah nama lubricant (minyak pelincir) yang dihasilkan oleh ENOC. Lepas tu dapat la pen sebatang..

Tayar tanpa angin..By Bridgestone

BUat masa sekarang ni tayar tanpa angin digunakan untuk kenderaan ringan..Pada masa akan datang, mungkin akan ada untuk kenderaan biasa.

Yang ini pula tayar yang 50-60 peratus beratnya kurang dari tayar biasa. Jadi bila tayar kurang berat, maka penggunaan minyak yang efficient. Sekaligus menjaga alam sekitar...

Sebenarnya nak ambil gambar tayar tu..sekali ada orang inter frame pulak...

Ultra Low rolling  resistant tyre. Kesimpulannya Bidgestone sekarang ni tengah membuat penyelidikan untuk menghasilkan tayar yang environmental friendly...
Yang ini Dodge Viper..Bila datang ke pameran ni, Kay belajar la serba sedikit pasal jenama kereta..

Yang ini pula Dodge Challenger..

Jeep..Sengaja kami ambil gambar ni sebab Jeep yang Kay kenali ialah dengan bentuk kotak..hihihi..Tapi Jeep ada juga design yang tak kotak...

Jaguar..

McLaren

Bugatti

Devel Sixteen..Untuk ketahui lebih lanjut, boleh cari di Google..hihi

Antara hasil tangkapan ialah goodies bag, poster kereta, key chain..

Yang paling best ialah beg dari booth Mini Cooper!! Siap ada gambar tu!!..Lau Kong n Lau Po..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...