Wednesday, December 11, 2013

Disebalik pemilihan nama Ayshah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan mengapa kami memberikan nama Ayshah Bella Bt Khanif.
Sebenarnya L:au Kong yang pilih nama Ayshah. Memandangkan Kay ada dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, siapakah yang sebaik-baiknya memberikan nama anak, jawapannya ialah si bapa.
Tapi akali si ibu ada nama yang baik maknanya, maka boleh la gunakan nama yang ibu berikan. Jadi disini, Kay malas nak macam-macam, sama juga seperti Khadeejah Bella, Lau Kong yang pilih nama Khadeejah..
Maka Kay ikut la sahaja..

Berkenaan dengan Bella..Macam mana kami terlintas nak letak nama Bella ialah..
Begini ceritanya... Nama atok ialah Mohammad Bell..macam mana boleh ada nama Bell ialah..Atok mempunyai bapa angkat yang berasa; dari Spain.. Nak dijadikan cerita, bapa angkat tu nak bawa Atok balik ke Spain. Tapi bapa kepada Atok tak benarkan. Disebabkan tak boleh dibawa ke Spain, maka bapa angkat Atok suruh ambil nama Bell dan diletakkan pada nama Atok...

Jadi kami mengambil keputusan untuk setiap nama anak perempuan kami, mesti diletakkan Bella di hujung nama..dan bagi anak lelaki, kami akan letakkan Bell dihujung nama..
Kalau tak silap nama Ustaz Don Daniyal pun, nama Don tu memang di letakkan sebagai petunjuk keluarga. Don untuk anak lelaki dan Donna untuk anak perempuan. Kalau tak silap la sebab Kay ada dengar ceramah kat youTube.

Berkaitan dengan ejaan Ayshah pula, kenapa kami tak pilih untuk eja Ai sebaliknya memilih Ay..Itu pilihan Lau Kong..Kay ikutkan saja..
Lagipun bior la lain dari yang lain..hahahha..
Pada pendapay Kay, kiranya kita nak ikut la ejaan macam Aye Aye Captain!!

Sekian terima kasih.

p/s Ciao Bella (in italian bermaksud Hello and/or Goodbye Beautiful)

Ayshah Bella Bt Khanif

2 comments:

  1. Alhamdullillah! Nak share kat FB bg Opah baca nnt... :)

    ReplyDelete
  2. mak cakap tahniah..selamat jaga baby, mak kirim salam rindu assalamualaikum

    ReplyDelete

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...