Wednesday, February 5, 2014

Cabaran bersalin dan berpantang diluar negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman menjaga anak kecil dari lahir hingga 2 bulan.
Hari ni Aysha Bella genap 2 bulan. (Lahir pada 3 December 2013, hari ni 3 Februari 2014).
Kay dah buat temujanji untuk vaksinasi pada hari Sabtu akan datang, 8 Februari 2014.

Ok ..Back to the main story....

Cabaran pertama: Anak tidur waktu siang, waktu malam berjaga
Cabaran adalah pada 1 bulan pertama dimana waktu siang anak tidur. Waktu malam anak JAGA.
Apa-apapun Kay bersyukur sebab ada Mak Mertua yang datang untuk jaga semasa pantang.
Kebetulan Mak Mertua pula jenis yang sukar tidur. Jadi masa Ayshah Bella tak nak tidu malam, Kay pass Ayshah pada nenek supaya teman Nenek tengok cerita cina waktu malam sampai tengah malam.
Hehehe..cucu teman nenek tengok TV. Dapatlah Kay berehat.

Cabaran kedua: Jaga luka jahitan lepas bersalin
Haa..yang ini pun satu masalah juga. Tak kira lah melahirkan anak secara normal atau pun secara ceaser. Nak jaga jahitan memang pada Kay agak mencabar terutama bila beranak dua. Sebelum ni masa beranak satu (Khadeejah Bella seorang saja), Kay tak rasa la susah sangat. Tapi bila beranak dua ni ada sukar sikit sebab Khadeejah Bella ni jenis taknak Nenek a.k.a Mak Mertua yang mandikan dan suap makan. Semua nak Kay yang buat. Walaupun Kay bersalin secara normal, penjaga jahitan perlu diambil berat. Ubat yang diberikan ialah iodin yang dicampur dengan air dan kita perlu duduk berendam selama 10-15 minit. Haa..Bayangkan dengan anak yang berusia 2 tahun 10 bulan dan anak yang  baru lahir, kalau tak ada orang nak tolong jagakan, tak mungkin dapat berendam lama. Kadang-kadang curi masa waktu kedua-dua anak dah tidur. Pandai-pandai la curi masa. 1 bulan setengah selepas lahirkan anak, appointment dengan doktor semula untuk cek jahitan dan buat ujian pap smear.

Cabaran ketiga: Kalau anak menangis-nangis tanpa henti dan kita tak tahu apa sebabnya
Ini pun satu masalah yang memeningkan. Yelah..kalau dengar anak menagis tanpa henti, kita pun akan risau. Kadang-kadang tak tahu apa yang tak kena. Apa-apapun Kay bertuah sebab ada Mak Mertua disisi. Kadang-kadang Nenek cakap perut masuk angin (kalau Kay langgar pantang larang makanan). Jadi Nenek akan suruh sapu mingay angin pada perut dan kedua belah tapak kaki.
Ada satu masa (tak silap Ayshah dah genap 1 bulan dan  nak masuk 2 bulan), dia tak mahu tidur waktu siang. Selalunya lepas mandi pagi dalam pukul 10-1030 pagi, lepas susu dia akan tidur. Tapi waktu tu dia taknak tidur. Asyik merengek je macam tak selesa. Makanya Nenek rebus telur. Kemudian ambil telur putih (telur kuning dibuang), kemudian masukkan cincin perak ke dalam telur putih. Kemudian masukkan telur rebus bersama cincin perak juga bersama beberapa helai rambut orang yang paling tua dalam rumah tu dibalut dengan sapu tangan, kemudian sapu tangan tersebut disapukan keseluruh badan (Atas kepala sampai ke kaki). Kalau nak lebih mujarab, ambil rambut oarng yang paling TUA. Pemerhatian: Cincin perak dikeluarkan. Kalau warna hijau, maknanya takut atau terkejut. Kalau warna cokelat itu maknanya angin dalam badan. Ini petua yang boleh digunakan kalau anak menangis. Untuk pengetahuan, sepanjang menjaga Ayshah Bella, dah 2 kali Nenek buat macam tu bila Ayshah menagis. Kali pertama, cincin perak bertukar ke warna cokelat sahaja. Tak ada warna hijau. Maknanya, ada angin dalam badan Ayshah. Itu masa Ayshah berusia 1 bulan kebawah. Lepas tu Kay ingat, Kay ada tak jaga makan sikit (ada juga curi curi minum air gas dan makan kentang goreng..hahah..), itu yang Ayshah ada angin dalam badan. Kali kedua kami buat petua tu masa Ayshah dah lebih sebulan. Masa tu cincin perak bertukar warna hijau dan cokelat. Pada pendapat Kay yang buat Ayshah rasa terkejut atau terperanjat (sebab cincin bertukar warna hijau) ialah bila Khadeejah (si Kakak main lompat-lompat atas kati)

Cabaran keempat: Musim sejuk
Salah satu sebab Kay nak deliver anak di Dubai ialah sebab nak rasa pengalaman melahirkan anak di luar negara, ditambah masa Ayshah dilahirkan ialah musim sejuk. Walaupun musim sejuk di Dubai ni tak adalah sampai turunnya salji, tapi bila mencecah suhu sejuk, haish boleh sampai menusuk ke tulang hitam..chewahh..
Cabaran musim sejuk ialah sudah semestinya kesejukan. Maka, Kay kena beri perhatian yang lebih bila nak keluar rumah. Sebelum nak keluar rumah, kena balut Ayshah dengan selimut. Pakaikan topi. Alhamdulillah, sepanjang 2 bulan ni tak ada kene selsema. Mungkin disebabkan Kay beri Ayshah susu badan (direct feeding, bukan pakai pump dan botol susu, walaupun ada niat dihati nak pam susu dan berikan melalui botol susu, dengan alasan supaya senang Kay nak berjalan ditambah lagi masa tu ialah Dubai Sale Festival yang berlangsung dari 1 Januari -2 Februari 2014). Tapi niat dihati dibatalkan. Sebab susu yang paling berkahsiat ialah susu ibu yang diberikan terus dari badan, susu kedua yang terbaik ialah susu ibu yang diberkan melalui botol (sebab bila dah diperah keluar, kualiti susu dah berkurang), susu yang ketiga barulah susu formula.

Cabaran kelima: Penjagaan Ibu Lepas Bersalin
Penjagaan lepas bersalin ni Kay nak tekankan pasal urutan lepas bersalin dan urutan penutup pantang. Kalau di Malaysia, ada ramai tukang urut dan mudah dan dekat. Tapi cabaran di Dubai ni tak ramai tukang urut Melayu dan agak berjauhan dari rumah Kay yang terletak di Syeikh Zayed Road. Apa apapun, Alhamdulillah, Lau Kong ada lesen kereta dan mudah untuk kami menuju ke rumah tukang urut yang terletak di Mirdiff. Kay berurut hari ke 4 (satu hari je berurut, buat syarat sahaja, at least ada berurut..) selepas bersalin dan hari yang ke 29 (urutan penutup pantang, juga berurut satu kali sahaja..tak ada la buat 3 hari berturut turut)

Cabaran keenam: Khadeejah Bella juga masih susu badan
Yang inipun satu masalah juga. Bukan Kay tak nak berhentikan dia susu badan, tapi memandangkan susu badan Kay banyak, makanya biarka Khadeejah nenen konon-konon nak elakkan dari bengkak nenen. Walau apa-apapun, Alhamdulillah..Khadeejah Bella tak berebut nenen dengan AYshah Bella..Bila Kay suruh kakak tunggu sebentar untuk bagi laluan pada si adik, si kakak tunggu dengan sabar. Kadang-kadang sampai tertidur si kakak semasa menunggu giliran..hehehhe

Cabaran ketujuh: Makanan masa berpantang
Haa..sepanjang tempoh berpantang (Kay pantang 30 hari je, mak mertua cakap ikut Cina pantang 30 hari je..kalau Melayu 44 hari..Pada Kay, amik yang paling pendek la..malas nak pantang lama-lama..hahaha)..
Sepanjang 30 hari tu Kay makan nasi dengan sup ayam ditambah dengan halia dan juga cendawan. Walaupun ada pergi berjalan di mall, Kay jaga juga pemakanan. Kay tak makan burger bagai..Kay beli roti dan apple pie. Balik rumah baru makan nasi dengan sup ayam. Bukan ape, takut makan sebarangan, nanti mengganggu perut Ayshah. Bila Ayshah meragam, Kay pun susah sama...Jadinya, kena tahan la nafsu makan semasa dalam pantang. Haa..lagi satu cabaran ialah , dibawah rumah Kay ni ada Chili's, ada Burger King!!! Haish..sabar je lah..Genap 30 hari pantang, Kay dah pesan dengan Lau Kong untuk belikan Burger King!! hahahah

Cabaran kelapan: Pengurusan Uri atau Tembuni
Yang ini juga satu pengalaman juga..Untuk pengetahuan, orang Arab di Dubai ni tak pula ambil uri (placenta) bawak balik rumah. Mereka tinggalkan saja placenta di hospital. Bila tinggalkan di hospital, jawab nya hospital buang saja la..(biological waste).. Tapi kami tetap bawa balik rumah untuk dibersihkan dan diuruskan seperti mana yang kami lakukan untuk Khadeejah semasa di Malaysia. Masa dalam labor room , Kay dah pesan pada midwife supaya jangan dibuang placenta tersebut sebab kami akan bawa balik rumah. Di Dubai, placenta dimasukkan dalam beg plastik kuning (beg plastik untuk biological waste). Kalau di Malaysia, di Prince Court, uri dimasukkan dalam plastik beg, kemudian dimasukkan dalam beg kertas (packaging cantik laa...).
Bila bawak bali rumah, dari jauh mak mertua dah rasa pening sebab bau hanyir. Lau Kong yang basuh uri dalam besen bersama air asam jawa yang dicampur dengan garam. Kemudian dibalut dengan kain cotton putih dan ditanam di kawasan berpasir. Kiranya kali ni di padang pasir berdekatan dengan masjid. Macam uri Khadeejah dulu Tok Bak tanam di rumah Tok Bak di Batu Pahat.

Cabaran kesembilan: Ruam Lampin (Nappy Rash)

Untuk cerita lebih lanjut, sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/01/pengalaman-nappy-rash-ayshah-bella.html

Itu sahaja lah coretan untuk hari ini..Enjoy some pix!!

Sekian terima kasih
Yang ini gambar tangan belah kiri Ayshah ada timbul bulat besar akibat dari suntikan BCG yang diberikan selepas lahir. Cuak juga Kay sebab bulat besar. Masa Khadeeejah dulu bulat kecil je..Masa nodul ni nak keluar, mak mertua ada rasa badan Ayshah ada hangat / panas sedikit..Tapi tidak la sampai ke tahap demam.

Nasib baik, pada kad imunisasi Ayshah ada nota ditulis berkenaan suntikan BCG. Daripada nota diatas, ada nodul yang akan timbul 3-4 minggu selepas suntikan. Dalam kes Ayshah, lepas sebulan baru keluar nodul tu. Dan nodul tu mengambil 2-4 minggu untuk pecah. Macam kes Ayshah, tak silap Kay dalam 2 minggu lepas keluar, baru nodul tu pecah. Sepanjang nodul tu timbul, Kay hanya sapukan susu badan dengan harapan dapat la membantu serba sedikit. Walaupun dalam nota tersebut, tiada ubat yang diperlukan. Kita hanya perlu tunggu nodul itu pecah..

Haa..Nodul dah pecah..Mungkin pecah masa tidur sebab Ayshah tidur mengiring belah kiri.

Alhamdulillah..semuanya baik-baik sahaja.

2 comments:

  1. Menyediakan penjagaan Dan rawatan selepas bersalin. Pakej yg menarik. Sola hubungi +60 19 551 0072 / haziqzai@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Menyediakan set Bersalin Melayu tradisional yang dimodenkan untuk memudahkan ibu yang berpantang sendiri atau di luar negara. Kindly Contact me, baeiyah wahab at 0148482129

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...