Wednesday, March 26, 2014

Selamat Hari Jadi yang ke 3 tahun Khadeejah Bella Bt Khanif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama-tamanya Kay ingin ucapkan takziah kepada keluar yang terlibat dengan Tragedi MH 370..
Al-Fatihah untuk penumpang yang beragama Islam...Semalam bersamman dengan 24 Mac 2014, Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan MH370 menamatkan perjalanan di Lautan Hindi.

Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal Khadeejah yang genap 3 tahun pada hari ini bersamaan 25 Mac 2014.
Alhamdulillah...Khadeejah membesar dengan sihat dan semoga menjadi anak yang solehah..Berjaya dunia dan di akhirat..
Ucapan Opah ialah...Assalamualaikum. Lagi 10 hari genap Deeja 3 tahun. Selamat Harijadi. Semoga Deeja panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang solehah, rajin belajar dan cepat pandai. Salam sayang Opah untuk Deeja.. (Opah bagi SMS pada Kay 10 hari sebelum harijadi Khadeejah ..sungguh bersemangat Opah..)

Ucapan dari Mak Usu Khasmah ialah 25.03.2011 lahirlah seorang bayi yang bernama Khadeejah Bella... Tak terasa pejam celik pejam celik 3 tahun sudah... Selamat harijadi kepada Khadeejah Bella anak buah kesayangan mak usu... Semoga menjadi anak yang solehah... Dimurahkan rezeki... LOVE u so much... N Miss u...

Dari Mak Long Juliana..Siap skype lagi dan  nyanyikan lagu Happy Birthday. Nanti Mak Long akan bagi hadiah Choki Choki..Apa-apapun terima kasih atas syype dan tahniah kepada Mak Long diatas kenaikan pangkat. Pesanan khas dari Mama Kay, jangan lupa open table..


Jika tahun lepas Kay buat sambutan dengan menjemput kawan-kawan, sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/03/khadeejah-bella-turns-2-celebration.html
Tetapi tahun ni hanya sambut dengan Lau Kong sahaja sebab Khadeejah Bella dah ada adik, Ayshah Bella yang berusia 3 bulan 3 minggu..

Persediaan untuk Hari jadi Khadeejah Kay buat 3 hari sebelum 25 Mac dimana Kay belikan hadiah berupa set buku bersama CD. Buku cerita bahasa Inggeris dan bahasa Arab..

Kemudian Kay beli barang barang untuk membuat kek coklat moist bersalutkan cokelat ganache dan dihiasi dengan strawberry...Haa..Gempak tak?

Kay buat research di YouTube macam mana nak buat kek coklat moist sebab sebelum ni Kay makan sahaja.. Kiranya, ini baru kali pertama KAy buat kek coklat moist dan juga kali pertama buat ganache (bahasa perancis tu dan sebelum ni Kay selalu tengok dalam Masterchef orang buat ganache dalam battle pastries..)

Cerita banyak-banyak tak best..

Enjoy some pixx!!!

p/s: Happy Birthday Khadeejah Bella Bt Khanif..Mama sayang Khadeejah so mucho...

Mula-mula sekali panaskan ketuhar 150 darjah celsius. Kemudian lenserkan butter di loyang. Dalam kes ni Kay pakai PYREX empat segi_ Kemudian taburkan tepung.

Masukkan bahan-bahan dalam mixer..Haa...Kitchen Aid warna merah!!! Hadiah Anniversary tu!! Beli di @Home, Mall of Emirates..Masa beli tu ada promosi dapat satu buku masakan dan juga mangkuk untuk buat ais krim..(Kay belum lagi habis belajar nak guna pakai pengadun Kitchen Aid ni....) Tak apa, pelan-pelan kayuh...


Khadeejah memang suka tengok Kay buat kerja di dapur..Lebih lebih lagi yang berkaitan dengan coklat..Siapla dia colek-colek dan makan...





ok..Kay bagi peluang la...tak boleh nak marah saja...


Jeng jeng jeng...ALhamdulillah..Kek menjadi.. Cuma pada Kay kurang manis..Tetapi bak kata LAu Kong, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis pada senyuman...chewahhhh....

Lepas dah siap kek, tibalah masa untuk buat ganche..Yang ini ada confuse sikit sebab dalam resipi cakap double whipping cream. Kay tak faham..Lau Kong pon beli 2 jenis krim diatas. Kay tawakkal je la pakai Thick Cream yang kotak warna coklat tu...

Alhamdulillah...jadi...

Yang ini air gula..disediakan untuk buat candied strawberry..supata strwberry berkilat dan cantik...






Inilah hasilnya....yeayy

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...