Thursday, April 10, 2014

Imunisasi Ayshah Bella 4bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan perkembangan Ayshah Bella yang kini berusian 4 bulan..
Cepat sungguh masa berlalu..
Pada 5 April 2014, hari Sabtu yang lepas, Kay bawa  Ayshah Bella ke UniCAre bagi tujuan imunisasi..
Imunisasi kali ni sama macam imunisasi pada bulan kedua yang lepas, cuma kali ini ialah dos kedua..

Cerita banyak-banyak tak best so enjoy some pics!!


Sekian, terima kasih.
Kami bergerak ke UniCare yang terletak dalam BurJuman menaiki Metro. Kami keluar rumah dalam pukul 1045 pagi sebab temujanji pukul 1150 pagi. Kami sengaja datang awal dengan harapan cepat pergi dan cepat balik. Sebabnya lepas imunisasi kami nak terus balik ke rumah supaya Ayshah Bella dapat berehat..Kalau ikut kan hati Kay, nak ber window shopping di BurJuman!!! Heheheeh..Kami naik Metro sebab sekarang ni BurJuman tengah dinaik taraf. Makanya parking kereta yang terletak berdekatan dengan UniCare ditutup...Jauh nak parking kereta..Jadi, malas nak parking, kami pun naik Metro yang stesen nya betul betul berhenti berdekatan dengan UniCare!!

Kami tinggal berdekatan dengan stesen Metro Emirates Tower. Untuk datang ke BurJuman, kami perlu turun dia Stesen Metro BurJuman. Tahun lepas perhentian stesen metro ni bernama Khalid Bin Al Walid....Perhentian stesen Metro BurJuman ni merupakan tempat pertukaran antara Laluan Hijau dan Laluan Merah...Ga,bar diatas ialah dinding yang diletakkan gambar yang menunjukkan aktiviti ekonomi Dubai dahulu..Antaranya ialah pengeluaran mutiara..

Sementara menunggu giliran untuk imunisasi Ayshah, Khadeejah Bella makan snack (strawberry dan hotdog) yang Kay bekal kan.

Nurse bernama Binoo tengah buka pampers Ayshah sebagai persiapan untuk menimbang..Berat Ayshah Bella kali ni  ialah 5.5 kilo dan panjangnya ialah 59cm. Jumlah keseluruhan imunisasi kali ini ialah 1300dirham..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...