Monday, April 14, 2014

Minuman kegemaran Khadeejah Bella ialah Sun Top

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan ialah minuman kegemaran Khadeejah Bella di Dubai..
Kalau di Malaysia Kay suka minum air kotak Teh Chrysanthemum..Dulu masa sekolah asrama, mesti minta mak belikan air kotak tu kalau datang melawat hujung minggu...Tak kisah la jenama Yeo's ke, Drinho ke..hihihi..

ok back to our story..Kay saja je nak kongsikan pasal minumam kegemaran Khadeejah di Dubai dalam blog..
Nanti kalau Khadeejah dah besar boleh la bercerita dengan dia disamping mengabdikan memori semasa kami di Dubai..
Bukan pasal air kotak je Kay nak kongsikan, inshaaAllah akan ada lagi pasal makanan yang akan Kay kongsikan..

Walaupun ini adalah kegemaran Khadeejah, tetapi Kay had kan 1 kotak untuk 1 hari.. Tak boleh minum banyak-banyak...Kena minum air masak je banyak-banyak..

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!


Sebenarnya, sebelum Kay tulis pasal entry minuman Suntop ni, Kay ada berkongsi gambar Sunset dari anjung rumah Kay..Kebetulan hari ini Kay bercerita pasal yang berkenaan perkataan "Sun"..hehehe ..Gonna miss this view kalau balik Malaysia for good..sobsobsob..



Inilah rupa minuman kegemaran Khadeejah Bella...Sun Top..Tak silap Kay Suntop ni ada 2 jenis perisa je iaitu Oren dan Mangga..Khadeejah Bella suka perisa Oren.. Kay dapat tahu pasal minuman ni dari adik lelaki Kay yang pernah berkunjung ke DUbai pada 2013 yang lepas.. Kebetulan dia belajar di Mesir, dan minuman ni dia dah minum masa di Mesir..Dia lah promot untuk minum air Suntop ni..Memang sedap la..Sejak dari hari itu, Kay memamn beli air jenama Suntop..Kadang-kadang jenama Rani...Tapi Khadeejah Bella kurang sedikit dengan jenama Rani, itu yang Kay tak beli sangat....


Bahagian lagi satu tertulis perkataan Suntop dalam huruf hijaiyah..ataupun Arabic Letters..Oren dalam bahasa Arab ialah. Burtukol..Rich in Vit C dalam bahsa Arab ialah Ghani Bi Vitamin C..Kay boleh la faham sikit sikit bahsa Arab tu..heheheh

Dibahagian tepi ni tertulis kandungan dalam minuman Suntop. Suntop ni dibuat di Saudi Arabia..
Bahagian tepi lagi satu, ditulis minuman Sun Top tiada pengawet, pewarna tiruan, pemanis tiruan, dan juga perasa tiruan


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...