Saturday, June 14, 2014

Imunisasi Ayshah Bella 6 bulan

.Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak tulis pasal imunisasi Ayshah Bella yang ke 6 bulan..
Lepas ni kena tunggu lagi 6 bulan (iaitu genap 1 tahun) untuk imunisasi seterusnya..
 Tulis banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!


Temujanji kami pukul 10 pagi..Dalam pukul 9.20-9.30 pagi kami bergerak dari rumah..Walaupun keluar pagi, Kay tetap mandikan Khadeejah dan Ayshah supaya mereka segar..
Pintu nak masuk kedalam train.."Out" dalam bahasa Arab ialah "khuruj"

Gambar dalam METRO STATION di perhentian Emirates Tower  iaitu perhentian di rumah Kay.

Yang ini pemandangan dalam METRO STATION di perhentian BurJuman. Kami perlu keluar dari Exit nombor 3 untuk ke pusat kesihatan UniCare yabf terletak di dalam BurJuman (shopping centre)

Bila sampai kena cek berat badan... Berat Ayshah ialah 6.09kg

Tinggi kalau tak silap 64cm

Suhu badan 36.. Semua nya baik dan  sesuai untuk ambil suntikan imunisasi

Dr Zaher buat pemeriksaan sebelum memberikan suntikan imunisasi. Kay ada bertanyakan soalan berkenaan nak bagi makan memandangkan Ayshah dah masuk 6 bulan jadi sesuai untuk beri makan. Doctor cadangkan bagi makan bubur nasi seminggu, kemudian bagi makan sayur seminggu, kemudian bagi makan buah seminggu. kemudian minggu seterusnya boleh bagi campuran bubur nasi dan sayur dan sebagainya. Tengok sama ada anak ada ruam dan cirit birit atau tidak. Kalau ada, maknanya anak alah kepada makanan tersebut. Bagi air 20-30 ml.

Total bayaran kali ini ialal 1050 dirham termasuk kos konsultasi.

Sebelum ini, perhentian ini bernama Khalid Bin Al Walid Station. Tapi tahun lepas bertukar nama ke BurJuman, sempena nama shopping mall yang terletak berhampiran dengan Metro Station ini..Untuk pengetahuan, BurJuman sekarang ni dalam proses panambah baikkan.. InshaaAllah bulan Julai 2014, BurJuman akan berwajah baru dengan supermarket Carrefour, wayang dan sebagainya. Kalau ada masa Kay akan kongsikan di entry yang akan datang.


Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...