Saturday, June 21, 2014

Arte Market di Times Square Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak kongskikan pasal pasar seni atau ARTE MARKET..
Kebetulan Kay termasuk dalam Arte Market pada Jumaat yang lepas di Times Square.
Sebetulnya, kami ke Times Square sebab nak teman Lau Kong beli handphone baru memandangkan handphone SAMSUNG Note 3 tu dah macam bagi signal bila-bila masa je nak rosak.
Untuk tidak mengambil risiko, Lau Kong nak beli handphone baru dan pindahkan segala nombor telefon yang maklumat penting ke handphone yang..
Haa...sebenarnya iphone 4 Kay pon masuk air..Bukan air sebarangan, tapi air kencing Ayshah Bella...
Kisahnya macam ni..Kay letak iphone tu kat craddle Ayshah..Lepas mandi petang Ayshah, Kay letak la Ayshah kejap lepas tu pi cari barang..Masa tu jugak la Ayshah kencing atas tilam tu..Terkena la iphone tu..
Kay cepat-cepat la lap..Tapi air ada termasuk juga.. Lepas tu skrin tu ada keluar garis-garis. Kay dah cuak sebab ada 6000 lebih gambar yang Kat belum transfer dalam komputer.
Kay pon cepat-cepat keringkan pakai pengering rambut lepas tu terus transfer gambar ke komputer. Masatu Kay ada nampak tompokan air dah meresap kat skrin.
Apa-apapun Kay bersyukur sebab lepas 2-3 hari tompokan air tu dah kering dan iphone Kay SELAMAT!!
Gambar pon dah selamat di transfer ke komputer. DUIT PON SELAMAT!! heheheh

ok back to the story, lets enjoy some pixx below!!



Itu Lau Kong tengah tengok SAMSUNG DUAL SIM..Tapi akhirnya LAu Kong piling handphone Lenovo, iaitu jenama China..juga DUAL SIM..Kami nak try jenama lain la..Dah pakai Iphone, SAMSUNG, Nokia..

ARTE MARKET ni ada di aras 1 dan juga Aras 2 di dalam TIMES SQUARE. Arte Market ni diadakan sekali dalam sebulan.


Yang ini menjual patung buatan tangan.

YAng ini barang perhiasan wanita macam rantai gelang dan cincin.

Ada juga yang menjual hasil lukisan!!!

yang ini pelekat kereta..Macam -macam tulisan  la yang ada..


yang ini pula menjual tutu dan perhiasan kepala khusus untuk kanak-kanak!

Lagi meja yang menjual perhiasan wanita.

Yang ini kedai jual kotak yang diperbuat dari kayu!


Sekop kepala!!


Yang ini menjual hasil crochet..Atau kait..

Yang ini pula menjual sabun yang diperbuat dari sabun UNTA!!

Yang ini pamplet pasal perkhidmatan yang diberikan.. Kalau kita nak tempah barang perhiasan untuk majlis-majlis.

Yang ini ada juga yang menjual hasil dari clay polumer. Turut mengadakan kelas untuk ibu ibu dan anak anak yang berminat...

Yang ini pula menjual produk kelapa dara..

Ouh..ada juga ramai orang yang menjual cupcakes!!salah satu daripadanya ialah Sweeeet Tooth...
Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...