Friday, June 27, 2014

Majlis untuk Kak Hayati Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal majlis yang Kay buat khas untuk salah seorang kakak yang Kay kenal masa berada di Dubai.
Untuk pengetahuan, Kak Yati akan pulang (back for good) ke bumi bertuah Malaysia pada 1 July 2014.
Memandangkan Kay pernah ajak Kak Yati datang ke rumah (girls date dengan tema red lipstick) maka hari ini tertunailah.
Kay susah juga nak ajak kawan-kawan datang ke rumah. Sebab kalau kawan-kawan nak datang ke rumah, Kay MESTI pastikan makanan dan minuman ada. Kay tak berapa gemar kalau tetamu tidak dilayan dengan baik. Ditambah lagi dengan kehadiran 2 tuan puteri, jadi agak sukar untuk masak banyak-banyak.
Kay juga PANTANG kalau orang nak datang ke rumah tanpa memberi sebarang notis (chewahhh macam orang nak berenti keje pulak bagi notis..hahah)

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semua makanan mendapat pujian. Hinggakan air sirap Kay pun SEDAP katanya..

Kay tak ajak ramai kawan sebab majlis ini adalah untuk Kak Yati dan kuasa untuk memilih kawan terletak pada orang yang diraikan iaitu Kak Yati.
Lagipun Kay tak boleh terima ramai tetamu memandangkan ada anak kecil.

Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pix.


Sekian terima kasih.
Senang je nak masak. Pakai rempah yang dah siap. Cuma tambahkan air. Tak perlu tumis.

Majlis adalah pada 26 hb. Tapi malam 25hb tu Kay dah buat persiapan amcam rebus telur. Kat telur tu ada tulis production date dan expiry date. Kebanyakan telur di Dubai berwarna putih. Tapi ada je jual yang kulit coklat macam di Malaysia.

Ini kuah mee bandung yang dah siap! Kay gunakan air rebusan tulang lembu. Untuk  pengetahuan, air rebusan tulang yang pertama Kay buang sebab ada bau hamis. Kay gunakan air rebusan tulang yang kedua.

Mee kuning dan bihun yang akan Kay celur pada 26 hb nanti.

Pada 26 hb, Khadeeejah Bella tolong Kay buat air sirap. Untuk pengetahuan, pada malam 25 hb Kay dah buat air gula dan air batu siap siap. Pada 26 hb terus bancuh sahaja.

Nasi impit dan carikan daging ayam

Telur yang telah siap dipotong untuk dimakan bersama mee bandung.

Kek coklat yang Kay buat sendiri!! AL Kisah pasal kek ni, Khadeejah Bella sibuk nak makan kek cokelat. memandangkan semua bahan ada di dapur, maka Kay buatlah kek cokelat ni. Ada 2 loyang. Loyang pertama dah habis. Jadi tinggal la loyang kedua. Kebetulan Kay nak buat majlis dan kek ni ada. Maka Kay hidangkan. Alhamdulillah..Tetamu cakap kek ni sedap...Resipi nya Kay tengok kat blog orang lain...heheheh

Meja yang telah siap dengan hidangan.

Khadeejah Bella gembira sebab ada kawan-kawan datang ke rumah.

Kay dan Kak Hayati Puasa

Antara tetamu yang hadir.

Kak Shidah (anak jati Johor) dan Kak Mimi (orang Kedah)

Bergambar beramai-ramai dengan orang yang diraikan.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...