Monday, June 30, 2014

Pengalaman kali pertama berpuasa di Dubai

Assalamalaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak tulis pasal pengalaman pertama kali berpuasa di Dubai.
Alhamdulillah Kay dapat bertemu dengan bulan Ramadhan Kareem 2014.
Sejak duduk di Dubai, tahun ini kali pertama berpuasa di Dubai.
2 tahun sebelum nya, Kay berpuasa di Malaysia dengan emak.
Untuk pengetahuan, sekarang  ni bulan Julai dan Dubai tengah panas. 
Kebetulan Lau Kong sekarang berada di Beijing.
Kay berpuasa bertemankan Khadeejah Bella dan Ayshah Bella sahaja la....
Berpuasa macam biasa..
Cuma bila Kay baca Al Quran lepas solat, Kay teringat kenangan Kay bertadarrus Al Quran dengan Mak.
Kay akan baca, dan mak akan dengar bacaan Kay..
Tahun ni Kay baca seorang sahaja..

Alhamdulillah, jiran Kay berbangsa Indonesia ada bagi kurma segar yang di beli di Shindagha Fish Market (sejak berada di Dubai ni Kay tak pernah menjejakkan kaki ke Shindagha fish market. InshaaAllah kalau ada rezeki, Kay nak pergi juga ke Shindagha Fish Market tu..Kalau Kay pergi, of course la Kay akan update dalam blog!!!)

Market yang Kay pernah pergi di Dubai ni ialah Karama Fish Market.
Sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/search/label/Al%20Karama%20Market%20Dubai

Memandangkan Kay seorang sahaja dirumah, makanya menu berbuka puasa ialah Nasi Mandy Kambing.

Enjoy some pix below!! Gambar di bawah tiada kena mengena dengan tajuk entry..hahahah


Sekian terima kasih.

yang ini kucing yang Kay belikan untuk Khadeejah Bella memandangkan dia sangat suka kan kucing. Kay pula tak berapa gemar kucing. Kalau Khadeejah Bella nak bela kucing boleh, tetapi dengan syarat Khadeejah dah pandai jaga kucing (buang najis kucing, bersihkan dan bagi makan) Memandangkan Khadeejah baru 3 tahun, maka nya Kay bagi la main dengan kucing mainan ni yang berharga 10 ringgit. Kay beli di Masjid India Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, Kahdeejah dah ada seekor kucing yang berwarna putih. Kucing tu Kay beli di Dubai. Tak pasti kat mana.Mungkin Kay beli di Naif. Berharga 15 dirham. Kucing putih tu dah banyak kali "cedera" akibat jatuh dari meja sehingga pernah satu ketika tak berbunyi dan bergerak. kay ingat dah rosak. Tapi beberapa hari kemudian kucing tu "hidup @ sehat" kembali.

Bagus juga ada 2 ekor kucing ni. Satu untuk Khadeejah Bella dan seekor lagi untuk Ayshah Bella. Memang berbaloi Kay beli kucing ni sebab Ayshah suka dengar bunyi kucing dan dia akan bergerak (menolak badan sehingga menghampiri kucing tersebut). Ouh..Ayshah dalam proses mengukuhkan kekuda untuk merangkak. Jadi Kay banyak letakkan Ayshah dia atas tila supaya dia boleh berlatih dan menguatkan anggota badan sebagai persiapan untuk merangkak.

3 comments:

  1. Bloghop and jumpa this blog. hehe i miss dubai. been there few times masa tinggal kat turkmenistan (pi dubai carik seafood haha). takecare kay... salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kausar!! Cari seafood dimana? u too take care!! Ramadhan Kareem to you too...

      Delete
  2. Salam. Kak kay... best tak duduk dubai... husband bulan april ni ada interview kat sana.... payahnya nk buat keputusan migrate. .... ramai tak komuniti Malaysia. .. whatsup 012-2377850

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...