Entry kali ni Kay nak tulis pasal telekung..
Hahahah..macam dah tak ada cerita jer..
Tapi tak ape lah..saja je Kay nak tulis...
Al Kisah..Buat masa sekarang ni mak Kay duduk dengan kakak yang sulung bernama Puziah Bt Hj Ahmadiah di Kuala Lumpur sebab mak sekarang banyak follow up di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan juga Institut Jantung Negara (IJN).
Nama panggilan Mak Cho. Perkataan Cho adalah singkatan bagi Besor atau orang Perak panggil Cho.
Mak Cho sangat teliti dalam menjaga Mak..Kay bersyukur sebab ada Mak Cho yang sudi menjaga Mak daripada orang gaji Indonesia yang jaga Mak. Bak masih bekerja jadi tidak dapat menumpukan perhatian pada Mak.
Memandangkan Mak Cho jaga Mak, Kay pun tanya lah apa buah tangan yang Mak Cho nak dari Dubai.
Jubah atau kain ela. Mak Cho cakap dia tak pakai jubah dan kain ela..dia minta telekung..
Buat pengetahuan, di Dubai ni jarang dapat jumpa telekung yang 2 helai (bahagian kepala dan kain) sebab kat Dubai ni jenis telekung yang satu helai (dia bercantum bahagian kepala dan bahagian kain).
Lagipun orang kat Dubai ni pakai jubah, jadi mereka terus solat pakai jubah atau pun pakai stokin dah memadai untuk solat.
Kay ingat apa yang dihajati oleh Mak Cho. Kay ada juga buat survey online. Ingat nak beli telekung online.
Kebetulan Kay balik ke Malaysia pertengahan bulan 6 dan kebetulan adik ipar Kay @ Mak Usu dari Sibu turut berada di Kuala Lumpur.
Haa...apa lagi, teman untuk berjalan dah ada..Kami berempat (Kay, Mak Usu, Khadeejah Bella dan Ayshah Bella) pun pergi la ke Masjid India.
Kebetulan Mak Usu nak cari tudung dan juga baju raya untuk kami sekeluarga di Sibu dengan tema warna oren.
Kami bersarapan di hotel dan kemudian terus naik teksi ke Masjid India dari Impiana Hotel. Harga bayaran teksi ialah 8 ringgit mengikut meter tapi Kay bagi 10 ringgit.
Memandangkan kami pergi pagi dalam pukul 1030 pagi, jalan tak sesak dan Masjid Inida belum ramai orang.
Bila balik dalam pukul 4 petang, teksi yang kami tahan tak menggunakan meter. Dia minta 15 ringgit.
Kay terus setuju sebab dah petang dan agak sukar nak dapatkan teksi ditambah lagi dengan Khadeejah Bella dan Ayshah Bella yang dah kepenatan.
Kay pun teringat nak beli telekung..Alhamdulillah..jumpa juga telekung yang dihajati dengan harga yang berpatutan.
Alhamdulillah juga, Khadeejah Bella memberikan kerjasama yang baik semasa kami membeli baju raya dan telekung. Ayshah Bella pula diam sahaja sebab bersangkut di baby carrier
Jom tengok gambar dibawah..
Sekian terima kasih.
Tada..inilah dia telekung untuk Mak Cho. Bersulam warna cokelat. Kain cotton yang lembut, tak panas dan yang penting tak jarang. Berharga 100 selepas ditawar. Kalau tak tawar, berharga RM150. |
No comments:
Post a Comment