Monday, June 23, 2014

Ecco Shoes


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan koleksi kasut Kay!!(macam banyak kasut jerrr..)
Sebenarnya Kay tak ada la banyak sangat koleksi kasut.. Kay beli sepasang dua kasut, lepas tu pakai sampai lunyai..
Kasut lama Kay ialag skechers..Dah pakai hampir 3 tahun..Masih elok lagi tapi dah nampak buruk la...
Makanya Kay nak beli kasut baru..Kami ke KLCC (masa tu kami balik ke Malaysia dalam 10 hari).
Kebetulan skechers ada sale!! Itu yang kami masuk ke dalam kedai tu..
Malangnya, Kay tak jumpa kasut yang berkenan di hati..

Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pixx!!!

 Sekian, terima kasih...




Ada tempat ukur kaki bagi kanak-kanak!! itu yang Kay amik gambar tu...heheheh
Yang ini pula, kalau kita beli ksaut, kita akan dapat 1 token. Jadi boleh la masukkan token dalam tempat tu. Memandangkan Lau Kong ada beli satu kasut Skechers, makanya dapat la satu token. Gembira Khadeejah sebab masa kami tengah pilih-pilih kasut, dia sibuk tunjuk-tunjuk tempat tu...

Kay berminat dengan kasut tu..Tapi bila pakai, tak selesa pula bahagian belakang kaki tu.. Sales girl tu kata, kalau tak nak sakit kaki atau melecet kat belakang tu, sapukan lilin. Kalau perua orang dulu-dulu, kita gigit belakang kasut tu...Keputusan nya Kay tak beli la kasut tersebut...Kami meneruskan misi mencari kasut..Dan akhirnya......

Tadaaa....Kami masuk ke dalam kedai ECCO. Kay dah lama usha kedai ni kat Dubai..Tapi tak terbuka hati nak beli..Tetiba masa kat Malaysia, hati nak beli...bukan sepasang kasut sahaja....tapi 2 pasang!!! Lau Kong bermurah hati nak belanja..Kiranya beli kasut raya lah nih....

Sementara Lau Po sedang mencari kasut yang sesuai, Lau Kong sabar menjaga Ayshah Bella...





jeng jeng jeng......ini cinta pandang pertama..Kay memang nak cari kasut warna hitam dan tak nampak sporty sangat..Kasut ini menepati kriteria Kay..cuma harga nya Kay fikir 2 kali juga...Tetapi Lau Kong tengah bermurah hati, makanya Kay rembat la kasut ni...Memang sangat sedap..Kay masuk sekali sahaja kaki dalam kasut ni!! Memang tak ada rasa sakit dan tapak nya ringan. Jurujual tu cakap sebab 100 peratus kulit. Kay sempat bertanya apa yang membuatkan kasut ini mahal dan negara pengeluar kasut ni...KAsut ni adalah barangan keluaran Denmark.Yang membuatkan kasut ini mahal ialah tekcologi injection dimana kasut dan tapak melekat sekali. Kiranya tidaka akan ada masalah kasut lekang.  Lagi satu yang menarik dengan kasut tu ialah, tapak kaki nya kita boleh basuh!!! Kalau kaki kita berpeluh  dan alas kaki tu berbau busuk, boleh basuh alas tapak kaki itu!!!! Harga kasut tu ialah RM389


Ha..yang ini Kay nak tunjukkan satu lagi kasut..Warna Bronze..ini kira kasut raya la...Kasut hitam tu kasut untuk dibawa kemana-mana..kira nak pakai lasak la ..tapi kasut yang ini pula untuk pergi jalan-jalan ke tempat yang tak kotor atau berdebu (kat Dubai ni semua berdebu sebab padang pasir kan..melainkan shopping mall!!!!) NAma kasut tu ialah Moon Rock Universe. Harga nya 439..New Arrival...

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...