Monday, July 14, 2014

DIY Sampul Duit Raya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak tulis pasal pengalaman kali pertama Kay buat sampul duit raya dengan Khadeejah Bella..
Kay belum lagi sampai seru nak buat kuih raya dengan Khadejah..Tunggu Khadeejah besar sikit baru Kay akan buat aktiviti membuat kuih raya.

Cerita banyak banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih..

Tiba tiba sahaja Kay tergerak nak buat origami sampul surat sekaligus merangkap sampul duit raya bagi tahun 2014. Tahun ini Kay akan beraya di Sibu. Kay bercadang nak gunakan sampul duit raya ni untuk kanak-kanak. Untuk dewasa Kay akan gunakan sampul duit raya dari bank lah..Kay gunakan kertas warna yang Kay beli tahun lepas untuk buat perhiasan origami arnab bagi sambutan harijadi Khadeejah Bella yang kedua..http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/03/khadeejah-bella-turns-2-celebration.html
Seronok buat aktiviti ni bersama Khadeejah. Sementara tangan Kay buat origami, Kay dapat ajar Khadeejah berkaitan warna dan juga bentuk iaitu rectangle, square dan triangle (Kay cakap bahasa omputih..hahah). Khadeejah tanya mana Oval. Kay jawab la tak ada oval..bila sampul duit raya dah siap, Khadeejah kutip dan kumpul. Kemudian dia ikut dialog Mail dalam cerita Upin dan Ipin "dua singgit..dua singgit...."..Haish..memang ada bakat untuk jadik Taukeh si Khadeejah ni. Semoga dapat menjadi ahli perniagaan yang berjaya seperti Saidatina Khadeejah, isteri pertama Rasullullah SAW. Amin.


Kay hanya menggunakan kertas yang berbentuk square. Khadeejah bermain dengan kertas yang berbentuk rectangle. Dia tahu kertas rectangle Kay tak perlukan. Jadi dia main yang itu lah..Bijak..Bijak...

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...