Thursday, July 31, 2014

Rezeki di hari raya ke empat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini bersamaa dengan 31 Julai 2014 merupakan hari raya ke-4.
Juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan ibu dan bapa mertua Kay yang ke 38 tahun..
Juga tarikh ini merupakan tarikh lahir 
kakak sulung Kay yang ke......(rahsia.. Hihihi).
Juga merupakan hari lahir sepupu Kay yang bernama Hani Suraya (sedapkan nama nya?)
Juga merupakan hari lahir kawan kawan Kay iaitu Juliana Azhani ( kawan sekolah rendah), Aini Ajit ( kawan masa di Universiti Malaya) dan juga Izyan ( kawan di Dubai).
Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal buah terap, jering dan buah nenas yang diberikan oleh kawan Mak Usu (adik ipar Kay) yang bernama Priscilla. Untuk pengetahuan semua buah buahan yang diberi ini adalah dari kebun nya sendiri di Simunjan, Sarawak.
Cerita banyak- banyak tak best. 
Lets enjoy some pics!!

Memandangkan hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mak dan bapa mertua yang ke 38 tahun, makanya kami makan tengahari di Singapore Chicken Rice Shop yang terletak di rumah kedai yang berhampiran dengan Star Mall, Sibu. Khadeejah makan banyak nasi ayam. Kay pun berselera makan sebab beberapa hari ni asyik makan nasi, ketupat, kari dan sebagainya. 

Inilah dia rupa buah terap!! Tak silap ini kali pertama Kay makan buah terap. Tapi pernah nampak buah ni di Pasar Filipin di Kota Kinabalu. Senang je nak kopak buah ni, cuma tekan atau picit kulit nya. Dan akan terbuka. Buah nya seperti buah  cempedak!! Buah terap dan buah cempedak merupakan buah kegemaran Lau Kong. Ouh kalau bahasa kampung, nama buah ni buah lumok.

Yang ini pula buah jering. Kay makan buah petai. Tapi buah jering tak biasa pula. Kay tengah fikir nak makan jering ni macam mana. Kalau buah petai tu Kay buat sambal selain dari makan mentah. Jering ni ada ke orang buat sambal tumis jering???

Inilah rupa sambal tumis petai dan ikan bilis yang dibuat oleh Kay sendiri.. Amacam??? Heheheh


Ya Ampun...besarnya nenas tu.. Subur sungguh tanah kebun Priscilla tu!!! Apa apapun terima kasih daun keladi. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...