Tuesday, October 21, 2014

Resipi Kek Sarang Tebuan Jangan Dijolok

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah..Akhirnya Kay berjaya belajar buat kek gula hangus ataupun juga dikenali dengan nama Kek Sarang Semut ataupun Kek Sarang Lebah.
Tetapi cikgu memasak memberikan nama kek ini..Kek Sarang Tebuan Jangan Dijolok. Kemain Jah oii..
Banyak sangat nama untuk kek ini tetapi Kay tak peduli semua itu..Kerana apa yang Kay pentingkan ialah hasil SARANG nya!
Bahan untuk membuat kek ini sangat mudah dan cara membuatnya, kalau di ikutkan juga mudah.
TETAPI..Untuk pengetahuan semua..Sebelum Kay mendapat kejayaan sekarang, sudah banyak kali Kay mencuba! Rasa kek gula hangus sudah ada tetapi sarang nya TIDAK MENJADI.
Kay ada juga membaca blog blog orang lain, mereka juga ada menyatakan TIPS untuk mendapat sarang yang cantik.
Tetapi, Kay masih tidak berjaya.
Dalam hati Kay, tak boleh jadi ni. Kay mesti belajar berguru. Mesti tengok cara cara dan teknik yang betul.
Alhamdulillah. Kak Rashidah Bt Mahzan sudi mengajar Kay secara siaran langsung dan one to one.
Semoga ilmu yang diberikan ini menjadi sedekah dan pahala untuk Kak Shidah ku sayang....chewahh..
Semoga ilmu yang Kay kongsikan ini juga dapat memberikan manfaat kepada semua.
Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pixx!!


Pesanan penting dari sifu: Pastikan semua bahan untuk membuat kek berada pada suhu bilik terlebih dahulu. Bukan diambil terus dari peti sejuk.

Soalan:
Mcm mana bole ada sarang2 tu ye? Sbb ada gula kah? Sbb ada susu pekatkah? *soalan org baru nak belajar buat kek*

Jawapan:
Sebab ada bicarbonate of soda yang bertindakbalas dengan bahan-bahan yg lain.
Dari pengalaman Kak Shidah yang lalu, ramai yg mintak resepi ni dan nak cube buat sendiri Tapi kebanyakanya tak menjadi. Masing-masing ingat telur kena pukul sampai betul-betul kembang untuk dapatkan sarang yg cantik. Sebenarnya telur tak perlu di pukul...hanya kacau sahaja sampai hancur. 
Sebab itu Kak Shidah tak berani pakai whisker. Hanya kacau (atau orang Johor cakap godak) pakai garfu besar tu..takut ternaik telurnya. Nanti masa bakar kek akan naik sekejap n terus runtuh semula.

Sekian terima kasih.
Bahan yang diperlukan ialah mentega pada suhu bilik. Yang kami gunakan ialah sedikit garam. Tips, kalau nak buat kek, Mak Mertua Kay akan gunakan mentega yang ada sedikit garam. Baru hasilnya ada umpph. Berat mentega ini ialan 250g.

Dalam resepi 6 biji telur besar tetapi kita jadikan 7 biji telur sederhana besar..

Susu pekat.

Satu tin susu pekat ni ialah 395g. Kay ambil gambar isipadu tetapi kami akan gunakan sukatan mengikut cawan. Perhatikan gambar seterusnya.

Resipi asal kek ini tiada esen vanila. Tetapi Kak Shidah suka letak esen vanila bagi resipi yang mempunyai telur bagi mengurangkan bau hanyir telur. Untuk resipi ini, Kak Shidah menggunakan satu penutup esen vanila.

Susu pekat dituangkan dalam satu cawan seperti gambar diatas.

Masukkan dalam bekas.

Mentega pada suhu bilik dimasukkan dalam cawan, sama seperti sukatan seperti susu pekat.

Masukkan dalam bekas bersama susu pekat.

Haa...Dulunya Kak Shida pernah nampak Chef Wan pakai ayak ni.. Dan membelinya di IKEA Dubai. Lepas ni pun Kay nak beli ayak jenis ini. Mengapa?

Sebab ayak ni istimewa. Nampak tak di tepinya ada plastik. Kita picit bahagian tangan tersebut, dan bahagian dalam yang berbentuk mata pisau segitiga akan bergerak. Makanya, bila mengunakan ayak ini, tidak memerlukan ruang yang luas dan kerja menjadi mudah dan kemas.

Seterusnya, kita masukkan satu cawan tepung gandum. GUNAKAN CAWAN YANG SAMA.

Kemudian letakan 2 sudu kecil/ sudu teh  BICARBONATE of SODA. Bukan baking powder. Jangan terkurang letak, nanti kek bantat pula.

Kemudian letak lagi satu cawan tepung gandum. Kesimpulan daripada gambar-gambar diatas ialah,2 CAWAN TEPUNG GANDUM dan 2 SUDU KECIL BICARBONATE OF SODA diperlukan bagi resipi ini.

Selesai sudah bahagian tepung. Sekarang masuk bahagian menyediakan gula hangus...Panaskan periuk dan masukkan 2 cawan gula. MENGGUNAKAN CAWAN YANG SAMA..Kacau perlahan-lahan sehingga gula mula mencair.  

Inilah rupa gula yang mula cair. Dari warna putih, gula bertukar ke warna cokelat.

Teruskan mengacau gula yang semakin cair.

Bila dan cair. Masukkan 1 CAWAN AIR PERLAHAN-LAHAN, SEDIKIT DEMI SEDIKIT. Tips: gunakan SENDUK PANJANG dalam proses penyediaan gula hangus. Sebab bila air dicampurkan pada gula yang cair, dia akan menggelegak. Jika tidak berhati-hati, akan terkena tangan. Gambar di atas ialah bila air dimasukkan/ dicampurkan sedikit pada gula yang telah  CAIR.

Ini adalah rupa setelah dimasukkan kesemua 1 CAWAN AIR.

Gula akan bergumpal. Makanya, teruskan proses mengacau sehingga gula LARUT sepenuhnya. Buat kek ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Kena lembut-lembut dan perlahan-lahan. Selepas gula larut sepenuhnya, biarkan seketika sehingga sejuk sedikit. Dalam kes kami, gula tidak sejuk sepenuhnya.

Seterusnya, susu pekat dan mentega pada suhu bilik dikacau perlahan-lahan menggunakan whisk. Gambar mangkuk tu nampak comot sebab masa Kak Shida dan Kay sedang sibuk di dapur menyediakan gula hangus, anak dara Kay berusia 3 tahun setengah, (Khadeejah Bella) yang sememangnya amat suka membantu dalam proses membuat kek, dia yang tolong kacaukan susu dan mentega sehingga sebati. tengoklah apa jadi kat mangkuk tu..baik punya kacau..hehehe

Inilah telur yang telur dipecahkan.

Seterusnya, dengan menggunkan garpu atau senduk kayu ataupun spatula seperti didalam gambar, kita kacau telur perlahan-lahan. KACAU bukan PUKUL SEHINGGA KEMBANG.

Kacau perlahan-lahan sambil berselawat dan membaca Bismillah 5. Kacau MELAWAN ARAH JAM (macam TAWAF)

Telur yang semakin hampir siap dikacau sepenuhnya.

Loyang disapukan dengan lebihan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung bagi mengelakkan dari melekat dipermukaan loyang.

Inilah masa yang ditunggu..Telur yang telah dikacau dicampurkan kedalam bekas yang berisi susu pekat dan mentega.

Masukkan satu penutup esen vanila.

Kacau perlahan-lahan.

Seterusnya, masukkan SIKIT DEMI SEDIKIT TEPUNG GANDUM bersama BICARBONAT of SODA yang telah di ayak.

Kacau PERLAHAN-LAHAN, pada SATU ARAH SAHAJA.

Kemudian masukkan larutan gula hangus.

KACAU PERLAHAN-LAHAN lagi..

KACAU lagi..heheheh

Nampak tak buih buih.

Terakhir sekali ialah masukkan lagi 1 cawan air. Kesimpulannya, kita menggunakan 2 CAWAN AIR untuk resipi ini. 1 CAWAN AIR digunakan dalam penyediaan GULA HANGUS. Dan 1 CAWAN lagi dicampurkan pada adunan TERAKHIR.

Seterusnya, adunan di tuang PERLAHAN-LAHAN ke dalam loyang. Resipi ini nampak pelik sebab selalunya nak buat kek, tak CAIR. Adunan kek selalunya LIKAT.
Kaut atau orang Johor cakap Kokot bahan bahan dari mangkuk bersih-bersih jangan membazir. Yang tinggal sikit itulah ade terdapat keberkatannya.



Untuk resipi kali ini, Kak Shidah biarkan adunan berehat di dalam loyang selama 15 minit, sementara menunggu ketuhar untuk panas pada suhu 180 C. Nanti kek akan jadi lebih garing.

Pada pukul 640petang, kami masukkan loyang kedalam ketuhar. Api atas bawah.

Pastikan loyang di letakkan di bahagian tengah.

Itu dia Kek yang telah siap..Tetapi Kay tak tunggu yang itu. Kay tunggu bila kek DIPOTONG!!! hheeheh

Tadaa!!! Alhamdulillah..Cantik sarang nya dan semestinya SEDAP!!! Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...