Wednesday, October 22, 2014

Resipi Mee Rebus Johor Luaskan Kuasamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tajuk entry dah mencabar..hehehe..
Kebetulan masa Kay belajar cara-cara untuk membuat mee rebus di Dubai, di Malaysia tengah popular dengan khabar berita Tunku Mahkota Johor (TMJ) bakal bernikah dengan Cik Khaleeda Bustamam pada hari Jumaat.
Sebenarnya dah lama Kay nak belajar masak mee rebus sebab Kay suka makan mee rebus dan lau kong suka makan aneka mee. Kalau pergi ke Plaza Angsana mesti singgah makan mee rebus.
Dulu masa kecik selalu makan mee rebus Lan Janggut.
Kali ni mee rebus..Tapi Kay bagi nama Mee Rebus Johor Luaskan Kuasamu.. nama resipi ini telah dipersetujui oleh pemilik asal resipi ini, iaitu tak lain tak bukan Kak Rashidah Bt Mahzan.
Kakak yang tidak kedekut ilmu dan baik hati. Semoga ilmu ini dapat menjadi sedakah jariah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca blog Kay.
Resipi ini adalah resipi arwah ibu kepada Kak Shidah.
Selain dari resipi, apa yang penting ialah teknik dan tips memasak.
Untuk masakan yang mencabar atau susah, Kay tak berani nak masak sendiri menggunakan buku. Kay lebih suka berguru dan membuat praktikal bersama guru. Setelah belajar, baru Kay yakin untuk membuat sendiri...Chewahhh..
Antara resipi yang mencabar yang telah Kay belajar dengan Kak Shidah ialah Laksa Johor dan Asam Pedas Ayam. Sila klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/search/label/Resipi%20Laksa%20Johor

http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/08/resipi-asam-pedas-ayam-johor.html

Di sini Kay akan tuliskan segala apa yang Kak Shidah ajarkan beserta dengan gambar untuk memudahkan semua.

Lets enjoy the pixx.

Sekian terima kasih.

Cikgu memasak tengah recall resipi kek sarang lebah ataupun kek sarang semut ataupun kek gula hangus. Untuk resipi tersebut, sila
klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/resipi-kek-gula-hangus.html

Inilah buku handbook yang wajib berada dekat dengan Kak Shidah. Buku ni dah macam belacan. Kay nak bukak un takut. Sebab takut buku tu terbarai.hahaha..Buku tersebut ialah Wallet Diary tahun 1984. Sekarang ni pada tahun 2014, buku tersebut telah berusia 30 tahun!! Macam umur Kay!!

Sebelum kami datang belajar memasak, Kak Shidah dah siapkan rebusan daging tetel (orang Johor panggil daging yang berlemak, tetel). TIPS: tambahkan daun pandan untuk menghilangkan bau hamis daging. TIPS: tambahkan gula dan halia yang dititik untuk melembutkan daging. Dengan meletakkan gula dan halia, maka tidak perlu menggunakan pressure cooker yang jika tidak dikendalikan dengan betul, boleh menyebabkan kecederaan yang serius.


Sebenarnya untuk makan dengan mee rebus ni, ada tepung goreng. Tapi kami tak sempat nak buat, maka kami menggantikan dengan papadom.hehehe

Telur dibasuh untuk menghilangkan najis dan kotoran yang melekat. Barulah dimasukkan dalam periuk untuk direbus. Orang johor makan mee rebus dengan telur rebus. TIPS: untuk memdapatkan telur rebus yang mudah untuk dikupas kulitnya, tambahkan cuka dan garam dalam air rebusan.

Dalam setiap makanan yang menggunakan cuka, Kak Shida gantikan dengan cuka epal. Garam pun Kak Shida pakai garam bukit atau gunung untuk kesihatan.

Kat Dubai pon ada tauhu tau. Mcam ni la rupa tauhu di Dubai. Besar.

Keledek digunakan bagi resipi Mee Rebus Johor Luaskan Kuasamu.

Gaya tukang masak yang banyak ilmu memasak dan tips.

Udang segar juga diperlukan. Kulit diasingkan dan jangan dibuang.

Keledek yang telah dihiris, kemudiannya dikisar halus.

Daging tetel dipotong kecil-kecil.

Ini adalah bawang yang diasingkan bagi tujuan membuat bawang goreng. Menurut Kak Shidah, untuk bawang goreng beliau, dia menggunakan bawang merah dan juga sedikit bawang putih. Sebab selama ini bawang goreng, hanya menggunakan bawang merah..

Daging tetel yang telah siap. Kay tak tuliskan anggaran berapa yang diperlukan sebab kami memasak dalam kuantiti yang banyak. Jadi para pembaca boleh la membuat anggaran masing-masing.

Bahan-bahan dan jumlahnya untuk ditumis. Halia dilebihkan dan menggunakan 3 batang serai. BAhan-bahan ini akan dikisar halus.

Ini adalah biji jintan manis, jintan putih dan ketumbar yang telah dicampurkan bersama-sama.

Kulit udang dan kepala udang digoreng dengan sedikit minyak dan dicampurkan sedikit bawang putih.


Sampai bila nak goreng kulit udang ni? Haa...sampai kulit udang tersebut ada kesan hangus SEDIKIT. jangan banyak pula. nanti menjejaskan rasa kuah. hihihi..

Campuran biji jintan manis, jintan putih dan ketumbar di basuh dengan air, kemudian ditoskan dan kemudian disangai ataupun di goreng tanpa minyak sehingga naik bau. TIPS: jangan terhangus. Sebab bila hangus, akan pahit. Seterusnya menjejaskan rasa masakan.

2 genggam udang kering dibasuh dengan penapis yang BERLUBANG BESAR supaya batu batu kecil dapat keluar.


Kulit udang yang telah siap digoreng, dikisar halus. Gunakan sedikit air. Agak agak mesim boleh berpusing.


Udang kering yang dibasuh dengan air, ditoskan kemudian disangai juga seperti campuran biji jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Sangai sehingga naik bau.

Kulit udang yang telah siap digoreng, dikisar halus kemudian disatukan dengan keledek yang telah siap dikisar halus. Gunakan penapis kerana hanya air sahaja yang diperlukan. Ramai sungguh yang belajar dengan Kak Shidah.hheehe..

Seterusnya, masa untuk menggoreng papadom dan tauhu.

TIPS: Goreng papdom dahulu. Kemudian barulah tauhu..

Alhamdulillah..Penaja utama mee kuning yang ISTEMEWA ini ialah Kak Yati. Kenapa ISTIMEWA? Sebabnya ialah, mee ini diterbangkan khas dari bumi bertuah, bumi Malaysia. Dan sampai pukul 5 pagi waktu Dubai. Kak Yati tak bagi tahu pun dia bawak mee kuning dari Malaysia. Kami pun tak sangka sebab kami ingat Kak Yati (yang ditugaskan untuk menyediakan mee kuning) akan membeli mee kuning dari Pasaraya Lulu, atau  Carrefor ataupun Spinneys dimana mee kuning di Dubai tidak berapa sedap. Kay dan Kak Shidah menjerit kegembiraan dan berpelukan dan terus bersemangat untuk memasak kuah mee rebus. Gambar-gambar yang Kay letak adalah berdasarkan turutan. Daripada proses penyediaan bahan-bahan garnish sehinggalah ke proses membuat kuah. Maksudnya, Kay tulis satu per satu. memang agak leceh juga nak buat mee rebus ni. Tetapi...hasilnya...haish..tak boleh nak cakap la. Jadi, silalah teruskan pembacaan anda semua. Hehehe

Selepas kami keseronokan mendapat tahu yang akan menggunakan mee kuning dari Malaysia, proses memasak diteruskan. Setelah papadom dan tauhu digoreng. Masanya untuk membuat bawang goreng. TIPS: bawang merang digaulkan dengan garam seketika. Kemudian terus digoreng. Jangan biarkan dengan garam lama sebabnya bawang akan berair.

Bawang digoreng dengan lebihan minyak  gorengan papadom dan tauhu.TIPS: bawang merah digoreng dahulu. Kemudian barulah dimasukkan bawang putih. Sebab bawang putih cepat hangus.

Limau nipis dipotong sebagai bahan hiasan dan penambah rasa masam bagi penggemar makanan masam.TIPS: limau nipis digelek kan sebelum di potong bagi tujuan untuk mendapatkan lebih banyak air bila diperah nanti..

Bahan bahan tumis di racik kemudiannya dikisar halus. TIPS: serai mestilah dihiris halus sebelum dimasukkan dalm mesin pengisar. Ini adalah untuk mengelakkan bahan tumisan BERBULU.

Udang kering yang telah siap disangai, kemudiannya dikisar kering.

Taucu digunakan dalam mee rebus ini. Kak Shida sedang lecek- lecek kasar taucu. Bukan dikisar halus. Supaya nampak biji biji taucu sedikit. Dan bila makan ada lah rasa tergigit gigit butiran butiran bahan didalam kuah. Baru best. Kami menggunakan satu botol Taucu jenama Tamin yang dibawa khas dari Malaysia. Sepanjsng duduk Dubai, Kay tak pernah pula jumpa taucu di pasaraya.

Inilah masa yang ditunggu tunggu. Setelah siap selesaikan bahan bahan garnish, masanya untuk fokus membuat kuah. Sifu tengah menumis bahan kisar. TIPS: gunakan lebihan minyak gorengan bawang. Jika minyak untuk menumis tidak cukup, tiada masalah untuk menambah minyak TETAPI  gunakan minyak yang telah masak iaitu minyak lebihan.JANGAN gunakan minyak baru. Ini adalah tips dari Kak Shidah ku sayang.. Hehehe.. Pastikan minyak betul betul panas sebelum menumis.  . 

Semasa memasak, banyakkan selawat. Kacau ikut arah lawan jam seperti tawaf. Gambar diatas ialah rupa awal awal bahan dimasukkan ke dalam periuk untuk ditumis.

Sementara sifu menumis, anak murid menumbuk kasar campuran biji jintan manis, jintan putih dan ketumbar yang telah disangai.

Ini adalah rupa bahan tumis yang telah pecah minyak. Orang Johor cakap TUA.

Kemudian masukkan2-3 sudu besar rempah biryani. Ikut suka masing-masing nak guna rempah kurma atau rempah kari pun boleh.

Masukkan sedikit serbuk cili merah.

Kemudian masukkan taucu.

Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar kering.

Kemudian masukkan kisaran keledek yang telah bercampur dengan air kulit udang.

Masukkan daging tetel.

Masukkan 2 tin kecil susu cair.

Masukkan air. TIPS: Kak Shidah menggunakan air yang telah ditapis untuk setiap masakan nya. Bukan air paip.

Masukkan kiub perasa daging.

Masukkan juga kiub perasa udang.

Biarkan mendidih diatas dapur. TIPS: udang dimasukkan pada akhir nanti. Tinggalkan sebahagian udang untuk direbus dan dijadikan hiasan.

Sementara menunggu kuah mendidih, masanya untuk menghias meja.

Bahan bahan hiasan yang telah disusun molek. Bahan-bahannya ialah telur rebus, daun sup, daun bawang, tauhu goreng, lada hijau dipotong bulat-bulat kasar. Sebetulnya, kita gunakan limau kasturi. Tetapi disebabkan susah nak dapatkan limau kasturi di Dubai, makanya kami menggunkan limau nipis yang mudah untuk didapati.

Tepung gandum di gunakan bagi memekatkan kuah.


Tepung gandum dilarutkan dengan air kemudian ditapiskan kedalam periuk.TIPS: gunakan air sejuk bukannya air panas. Kalau air panas, tepung akan bergentel.

Kemudian masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.

Masukkan udang segar.

Akhir sekali, masukkan campuran jintan manis, jintan putih dan ketumbar yang ditumbuk kasar.


Makanan dah siap... Air pun mesti ada. Kak Shidah buat air punch bersoda. 

Kalau di Malaysia gunakan air krim soda. Tapi kat Dubai tak jumpa krim soda. Kita pakai apa yang ada saja laa...



Alhamdulillah.. Setelah berhempas pulas memasak dari pukul 1030 pagi hingga ke pukul 230 petang,ini lah hasilnya.

Close up pixx!! Yummy... Terima kasih Kak Shida.. Makan ni, mak martua lalu pun tak perasan.. Hehehe.. 2 thumbs up!!

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...