Thursday, January 15, 2015

Resipi Mi Kuning ataupun Egg Noodle Recipe

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan cara-cara membuat mi kuning ataupun egg noodle.
Alhamdulillah, satu lagi ilmu yang Kay belajar dengan guru, Kak Ana.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini menjadi amal ibadah dan menjadi ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Terutamanya bagi sesiapa yang duduk di tempat yang sukar untuk mendapatkan bekalan mi kuning yang menepati selera masing-masing.
Untuk pengetahuan, Kay belajar cara-cara nak buat mi kuning ni di Dubai. Kalau di Malaysia, tak kuasa la Kay nak menggelek mi kuning ni. Baik beli sahaja di kedai. Cepat dan mudah.heheheh

Bukan nya tiada mi kuning dijual di Dubai..Ada..Cumanya mi kuning di sini tidak sesedap mi kuning yang dijual di Malaysai dan juga semestinya tidak sesedap dan diyakini kebersihannya seperti mi  kuning yang dibuat sendiri!

Kalau kurang rajin untuk menggelek mee kuning di Dubai, boleh cari mee kuning seperti di link berikut
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/mee-kuning-di-dubai.html

Cerita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Bahan utama ialah tepung gandum. Setengah kilo.

1 sudu air kapur.
1 biji telur. 

1 sudu kecil pewarna kuning.

1 cawan air pada suhu bilik.
Kacau semua bahan-bahan yang telah dicampurkan dalam cawan sehingga sebati.

Kemudian, campurkan bersama tepung yang telah tersedia di dalam besen.
Uli sampai sebati dan sehingga tidak melekat pada tangan.
Nampak tak, kita tak tuang semua larutan didalam cawan kedalam besen? Kita tinggalkan  sedikit.
Kemudian mula menguli. Tengok keadaan doh. Jika perlu ditambah lagi, barulah kita habiskan larutan didalam cawan. Ini adalah untuk mendapatkan doh yang tidak melekat pada tangan. Kita kena hati-hati semasa mencampurkan bahan-bahan.

Selepas siap menguli, bahagikan doh kepada beberapa bahagian seperti gambar diatas dan dibiarkan berehat seketika dalam 15 minit sebelum proses menggelek dilakukan.



Selepas dibiarkan doh berehat seketika, sekarang tibalah masa untuk menggelek doh menggunakan mesin manual .
Nampak tak tombol disebelah kanan? Tombol tersebut mempunyai nombor-nombor yang melambangkan ketebalan masing masing. Nombor besar menunjukkan ketebalan yang tinggi. Nombor kecik menunjukkan ketebalan yang kecil (nipis)

Mula mula, untuk gelekkan pertama, pakai nombor yang besar iaitu nombor 7.

Kemudian kita gelek kali kedua menggunakan nombor yang sedikit kecil iaitu nombor 5. 
Kemudian kita pindahkan ke bahagian lagi satu untuk memotong lapisan doh yang telah siap digelek. Dan itulah hasilnya. Memandangkan ini kali pertama kami ( Kay dan kawan-kawan) belajar, makanya hasilnya kurang kemas. 

Sekarang, tibalah masa untuk mencelur mee. Nampak tak beberapa bekas diatas dapur gas yang bersusun tu? Masing masing mempunyai fungsi masing-masing.
1 bekas/periuk yang telah sedia mendidih untuk mencelur.
1 bekas/periuk yang berisi air sejuk, untuk menyejukkan mee yang telah siap dicelur.
1 bekas/besen merah untuk menggaulkan mee kuning dengan sedikit minyak supaya mee tidak melekat.
1 bekas, untuk meletakkan mee yang telah melalui semua proses dan siap sedia untuk dimakan..hihihi


Tips: Siapkan air mendidih dalam kettle supaya senang untuk ditambah dalam periuk bagi mencelur mee. Ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatan kerja.

Tadaaa..Inilah hasilnya....

Alhamdulillah..Terima kasih Kak Ana sebab sudi berkongsi ilmu dan menyiapkan kuah mee kari. InshaAllah, kalau berkesempatan, Kay akan kongsikan cara membuat kuah mee kari (kalau Kay sempat belajar la..hhehehe). Semoga Allah membalas Kak Ana dengan kebaikan diatas segala ilmu yang dikongsikan. Amiin..

Ini pula mee yang Kay goreng untuk Khadeejah . Mudah sahaja. Hanya tumiskan bawang putih, masukkan udang, brokoli, lobak merah, mee dan kicap. Sedap sebab mee yang dibuat dengan kasih sayang... Hehehe

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...