Monday, April 13, 2015

Al Fanar Restaurant and Cafe Emirati Authentic Cuisine Dubai Festival City

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Dah makan?
Entry kali ini Kay ingin berkongsi pengalaman kali pertama ke Al Fanar Restaurant yang terletak di Dubai Festival City.
Duduk di bumi Emiriyah Arab Bersatu, mestilah cuba makanan Emirati..
Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Inilah dia gambar suasana di luar Al Fanar Restaurant & Cafe yang terletak di Dubai Festival City.
Al Fanar Restaurant ada 2 cawangan di Dubai iaitu di Dubai Festival City dan juga di Town Centre, Jumeirah.
Al Fanar juga terdapat di Ritz Carlton, Abu Dhabi.

Kisah disebalik hiasan di Al Fanar Restaurant & Cafe.
Apakah makna Al Fanar? Al Fanar ialah panggilan warga tempatan untuk lampu kerosin yang digunakan untuk menerangkan rumah di Dubai pada zaman dahulu.

Ini adalah kulit buku menu di AL Fanar. Menarik perhatian Kay!!!

Haa..Kay pesan Leqaimat iaitu golden crisp fried dough balls coated with dates syrup.
Ni macam cekodok la..Tapi cekodok versi Arab. Berharga 19 dirham. Leqeimat ni Kay pesan sebab nak bandingkan dengan Leqeimat yang di jual di Global Village (1 bekas berharga 10 dirham). Selepas mencubanya, Kay rasa sama sahaja. SEDAPPPP..hehehehe

Lagi manisan Emirati antaranya Rice Pudding (Ferni), Custard Pudding (Araroot), Kek Kurma (Cake Al Tamor) dan sebagainya. 

Menu yang menunjukkan Menu utama antaranya Kebab Emirati (daging kambing yang diperap mengunakan cara tradisional), Robyan Mashwi (Udang yang di panggang dengan rempah ratus istimewa) , Naghar Mashwi (Sotong yang dipanggang dengan rempah ratus istimewa)

Ini pulamukasurat yang menunjukkan Menu Utama berasaskan nasi. Yang Kay perhatikan di dalam menu tiada perkataan Mandy. Yang ada ialah Machboos. Kami pesan Samak Machboos. Samak bermaksud ikan dalam bahasa Arab. Samak Machboos ialah ikan yang dimasak dihidangkan bersama nasi berwrna kuning yang dididihkan bersama stok ikan bersama rempah ratus Arab yang istimewa dan juga lemon kering. 

Sementara menunggu makan yang kami pesan siap, Kay berjalan-jalan di kawasan luar Al Fanar Restaurant.
Land Rover diparking, bersedia untuk menurunkan barang-barang dari perjalanan yang jauh.

Dibelakang replika lelaki yang sedang berwuduk itu ialah Barasti Hut. Iaitu tempat dimana warga tempatan berehat atau menghabiskan masa di malam musim panas di luar rumah.

Lagi hiasan di luar Al Fanar Restaurant & Cafe.


Pempasturan Susu kebiasaanya dilakukan oleh kaum wanita dirumah menggunakan kulit kambing. Kulit kambing dilumurkan dengan garam, kemudian dijemur sehingga kering. Kemudian dijahit bagi menutup semua lubang. Selepas dijahit kulit tersebut, hanya satu bukaan sahaja dibiarkan iaitu dibahagian leher. Susu dimasukkan dari bukaan di leher dan ditutup menggunakan tali. Kemudian digoncang untuk beberapa jam sehingga susu dipasteur.

Perkakas dapur yang digunakan dahulu.

Inilah dia ruang makan yang terletak di luar Al Fanar Restaurant & Cafe.

Lagi hiasan diluar.

Apa agaknya patung ni masak eh??heheh

Kami dihidangkan beberapa biji kurma.

Inilah dia Samak Machboos.

Naghar Mashwi.

Robyan Mashwi.

Salad Arab yang terdiri dari timun dan daun Gargil/Jarjeel.
Daun tu rasa pahit-pahit sedikit. Tapi bila dah biasa, sedap je...

Lentil Soup.

Akhir sekali, kami minum teh pudina. Cantik tak cerek tu? Heheh.. Lekeimat kami tak sempat makan sebab dah kenyang. Makanya kami bungkus untuk dibawa balik ke rumah. Alhamdulillah. Kenyang dan sedap.
Kay tertarik dengan tempat letak gula tersebut. 

Kotak tisu yang juga menarik perhatian Kay.

Lagi dekorasi di AL Fanar Restaurant & Cafe. Basikal Tua, Peti besi dan TV model dahulu kala.

Tempat cuci tangan.

Yang menarik perhatian Kay ialah kepala paip nya. Macam bekas celak arab. 

Perkakas yang dipamerkan dibahagian dalam Al Fanar Restaurant. Kami makan dibahagian luar. Ada juga dibahagian dalam. Tetapi selalunya sibuk. Itu yang kami pilih untuk makan di bahagian luar. Sambil menikmati angin petang.

Pinggan mangkuk yang digunakan di Al Fanar.

Gambar-gambar yang menunjukkan H.H Sheikh Mohammad Bin Rashuid Al Maktoum, Pemerintah Dubai dan H.H Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin RAshid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai di majlis makan tengahari Di AL FDAnar Restaurant pada 20 Oktober 2011.

Radio lama.

Gambar diatas menunjukkan Bastakiya-Dubai pada tahun 1962.
Gambar dibawah ialah majlis perkahwinan di Dubai.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...