Friday, May 1, 2015

Pengalaman ke Kedai kopi berkucing Ailuromania Cat Cafe Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Entry kali ini Kay ingin berkongsi pengalaman kali pertama ke kedai kopi yang berkucing.
Pertama-tamanya Kay ingin ucapkan terima kasih kepada Kak Yati kerana mengwar-warkan Ailuromania Cat Cafe ini.
Jika anda berada di Dubai, khususnya kepada kawan-kawan penggemar kucing dan merindui kucing peliharaan anda di tanahair, Kay sarankan supaya anda datang ke sini untuk bermain-main atau meluangkan masa dengan kucing-kucing sambil menikmati hidangan ringan.

Memang seronok datang ke Ailuromania Cat Cafe.
Khadeejah dan Ayshah sangat gembira bila nampak banyak kucing berkeliaran.

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian. terima kasih.


Ini adalah gambar kucing disekitar kawasan apartment yang kami duduk.
Kadang-kadang, Kay akan bawa Khadeejah dan Ayshah bersiar-siar diwaktu petang sambil memberi makan kepada kucing-kucing di sini. Disebabkan Khadeejah dan Ayshah suka akan kucing, maka Kay membawa mereka ke Ailuromania Cafe supaya mereka dapat melihat pelbagai jenis kucing.

Kami ke Ailuromania Cafe pada waktu malam selepas Isyak. Dari Syeikh Zayed Road, keluar ikut Exit 42.
Cafe ini terletak di Umm Suqeim 3.
Untuk keterangan lanjut boleh cari maklumat di internet.

Apakah makna Ailuromania?
Mania bermakna obses.
Ailuro adalah bahasa Greek yang membawa maksud kucing.
Ailuromania Cat Cafe merupakan cafe kucing pertama di Timur Tengah.
Untuk pengetahuan, konsep kafe kucing berasal dari Asia, iaitu yang pertama ialah di Taiwan pada 1998.

Ini adalah tempat duduk dikawan luar cafe. Sesuai untuk kaki rokok.

Bayaran minimum ialah 30 dirham bagi dewasa untuk tempat duduk yang tiada kucing.
Dan 50 dirham untuk duduk di kawasan dalam dimana kucing-kucing dibiarkan berkeliaran.
jadi, untuk kami semalam, jumlah minimum yang perlu dibayar untuk duduk dikawasan dalam ialah 100dirham. Khadeejah (4 tahun) dan Ayshah (1 tahun 4 bulan) tidak dikira.

Gambar yang menunjukkan ruangan kaunter dimana kita memesan minuman (teh, kopi) dan juga makanan ringan (donut, kek, muffins)

Ini adalah ruang yang tiada kucing. (Bebas kucing).

Lagi ruangan yang bebas kucing.

Dinding yang dihias dengan gambar koleksi kucing-kucing yang ada di Ailuromania Cafe.

Ini pula bahagian khas untuk kucing-kucing. Pengunjung tidak dibenarkan masuk.
Pengunjung pula tidak dibenarkan untuk membawa kucing peliharaan masing masing ke bahagian kucing.
Walaubagaimana pun pengunjung boleh berbincang dengan pemilik kedai jika anda ingin menyambut harijadi kucing peliharaan anda.

Diruangan khas tersebut ada beberapa bekas makanan untuk kucing-kucing dan juga bakul-bakul untuk  mereka berehat.

Ada juga tempat untuk mereka "melabur".
Nampak tak bekar empat segi dibawah katil berrtingkat tu?
Kay perhatikan, kucing-kucing disini terlatih dan juga mesra dengan para pengunjung.

Kami memesan Double Espresso, Cafe Latte, Red Velvet Cake dan Cookie Dough Ice cream. Jumlah keseluruhan ialah 107 dirham.

Kucing  nak minum air..
Pengunjung dilarang sama sekali untuk memberi makan kepada kucing-kucing disini.
Kerana mereka mempunyai makanan khas.

Lagi kucing..Bulu hitam, putih, kelabu. Kay bukan penggemar kucing dan Kay tak tahu jenis-jenis kucing. hehehe 

Yang ini kucing putih pula.

Kmi duduk satu sofa dengan kucing ni. Dari sampai kami datang hingga kami nak pulang, kucing ni relax saja duduk di sofa yang sama.
Kebanyakan kucing-kucing yang berada di cafe ini adalah yang diselamatkan, dan ada sebagian kecil yang merupakan koleksi khas pemilik kedai.

No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...