Monday, May 11, 2015

Resipi Cupcake Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap dalam keadaan sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay ingin berkongsi resipi mudah membuat cupcake yang mudah dan semestinya sedap.
Rasa cupcake ni macam cupcake yang dijual dalam beg plastik warna merah.
Dulu ( masa Kay sekolah) Kay suka makan muffin atau cupcake yang dijual dalam beg plastik merah tu.
Dalam beg plastik merah tu ada 6 biji ( kalau tak silap) dan dijual pada harga RM 3.50 ( kalau tak silap juga).

Sebenarnya dah lama Kay tak makan cupcake dalam beg plastik merah tu. 
Kebetulan Kay pergi bertandang ke rumah Kak Yuhaili ataupun nama glamour, Kak Ayu.
Lepas makan cupcake tu, terus Kay teringat kek cawan dalam beg plastik merah dan disebabkan itulah, Kay ingin berkongsi resepi ini. Sebab bila makan kek cawan ni, terus mengingat kan kembali kepada rasa kek cawan beg plastik merah.
Kak Ayu cakap kat Perak namanya Kek Permaisuri.

Kak Ayu pandai buat kek, roti dan yang seangkatan dengannya lah..
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan menunjukkan satu persatu cara membuatnya. Semoga ilmu ini dapat menjadi amal jariah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.

Kebetulan kami berdua puasa dan kiranya cupcake ini untuk hidangan anak- anak dan dessert kami berbuka nanti lah..

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

200g unsalted Butter yang sepatutnya pada suhu bilik.
Tetapi dah terlebih panaskan dalam microwave dan mencair.

200 g gula

5 biji telur ayam. Jangan guna telur itik pula..hehehe




Telur dipukul dan masukkan gula. Pukul sehingga kembang. Masukkan 1 penutup esen vanilla.
Kemudian masukkan unsalted butter. Pukul sehingga sebati.

200 G tepung gandum.

1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecik baking powder.


Masukkan tepung gandum bersama sama soda bikarbonat dan baking powder sikit demi sedikit kedalam adunan telur, gula, esen vanilla dan unsalted butter.
Gaul sehingga rata dan perlahan-lahan. Kalau kacau laju-laju nanti berterbangan pula tepung. 

Kertas cupcake jenama Wilton yang menarik dan berwarna ceria.
Jika anda ingin mencari kedai menjual barangan membuat kek di Dubai, sila klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/2015/04/pengalaman-kali-pertama-ke-kedai.html

Adunan yang telah diisi dalam cawan kertas dan dihiaskan dengan white chocolate dan chocolate chips.

Adunan tadi dapat membuat 20 biji cupcake bersaiz sederhana

No comments:

Post a Comment

Khadeejah Bella dan sekolah agama

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entry kali ini Kay nak kongsikan perkembangan pelajaran Khadeejah Bella. Alhamdulillah Ustazah berita...