Sunday, June 28, 2015

Electric Pepper Mill

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? 
Entry kali ini Kay nak kongsikan peralatan baru dapur.
Iaitu electric pepper mill.
Cerita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, Terima kasih.

Inilah dia electric pepper mill jenama Cuisine Art yang Kay beli di Carrefour, Mall of the Emirates.
Yang berharga 24.75 dirham. Kay beli 2 biji. Satu untuk lada hitam dan satu lagi untuk garam kasar.
Ia menggunakan 6 biji bateri AAA. Sebelum Kay beli yang ini, Kay ada juga survey di kedai Silica yang terletak di Deira. Ada satu jenama sahaja iaitu Joseph Joseph yang berharga 167 dirham.
Kay juga ada survey di Galeries Lafayette. Ada pepper mill jenama Peugeot berharga 400++ untuk 2 biji. Seperti biasa, kalau boleh Kay mahu cari yang murah. Alhamdulillah jumpa juga...


Sebelum ini, Kay menggunakan pepper mill yang manual. Kita kena pusing pusing la sendiri. Yang pada Kay agak memenatkan. Ditambah pula pepper mill Kay tu pendek. Banyak juga resipi memasak Kay yang menggunakan lada hitam yang dikisar halus. Maka itu yang membuatkan Kay ingin membeli Electric pepper Mill. Tips: seelok-eloknya guna pepper mill yang panjang. Supaya senang untuk proses memusing. 

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...