Tuesday, June 30, 2015

Golden Dragon Restaurant Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat menunaikan ibadah puasa semua.
Entry kali ini Kay ingin berkongsi satu lagi restoren makanan Cina di Dubai. 
Cerita banyak-banyak tak best.

So lets enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Kay datang ke Golden Dragon Restaurant malam semalam dalam pukul 11 malam. Dengan tujuan ingin bersahur. Waktu operasi restoren ini pada bulan Ramadan ialah 7 petang hingga 1 pagi.

Apa yang membuatkan Kay ingin mencuba makan di restoren ini ialah kerana ada Entertainer coupon yang diberi oleh Dian. Terima kasih ya!! Beli satu main course dan dapat percuma satu.

Dimanakah letaknya restoren ini?? Di bangunan Oud Metha, berdekatan dengan Lamcy Plaza dan Malaysian Trade Centre.

Ini adalah bahagian cashier di depan. Dengan ukiran Golden Dragon yang gagah di meja.

Kawasan dalaman restoren. Kedai ini luas dan banyak meja. Cantik dan bersih.

Kami memilih untuk makan ditempat yang tertutup memandangkan Ayshah tidur dalam stroller. Tempat tertutup yang kami pilih ada hiasan panda!! Sesuai untuk Khadeejah..

Ada beberapa tempat tertutup. Antaranya yang disebelah kiri. Dengan partition yang berukiran kayu.

Kami pesan nasi goreng telur berharga 22 dirham. Sedap. 

Chopsuey Chinese (Crispy Noodle) with Prawn. Berharga 31 dirham. Sedap.

Half Peking Duck berharga 80 dirham.

Peking duck dimakan dengan pancake, timun dan daun bawang yang dihiris dan sos khas. Kay pernah makan Peking duck di P. F Chang di Mall of Emirates.


Menu yang terakhir ialah Lobster on garlic Sauce.

Ini ialah gambar yang tergantung di pintu tandas wanita. Wanita cina dengan pakaian tradisional.

Ini pula gambar yang tergantung di pintu tandas lelaki.

Untuk pengunjung yang mementingkan kebersihan, restoren ini memang bersih. Tandas yang cantik dan bersih.

Untuk pengetahuan, setiap Selasa ada promosi 50% diskaun untuk jumlah keseluruhan makanan. Menurut manager, Mr Sonam promosi ini tidak pasti sampai bila. Apa apapun, makanan di sini sedap dan environment kedai yang cantik dam selesa.

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...