Friday, June 5, 2015

Musim Panas Di Dubai.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? 
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsi berkenaan cuaca panas di Dubai dan bagaimana Kay mengharungi cuaca panas di sini. 
Kay nak kongsikan apa yang Kay minum untuk menjaga kesihatan di Dubai masa musim panas.

Dubai memang best..tapi bila masuk musim panas, jawab nya kita duduk berkampung dalam rumah ataupun berjalan-jalan dalam shopping mall.
Sesungguhnya, banyak shopping mal yang best di Dubai ini.

Kalau nak berjalan-jalan di tempat yang tidak ber air-cond, kena berfikir dua tiga kali lah.
Terutamanya bagi yang ada anak-anak kecil macam Kay.
Kalau ikutkan hati, Kay nak ke Naif untuk mencari kain. Tapi tak boleh nampak gayanya sebab cuaca amat panas.

Sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2015/04/naif-souq-dubai.html

Walaubagaimanapun, Kay suka juga waktu musim panas di Dubai.
Yang pertama, baju cepat kering. Dan yang kedua, bila nak mandi tak perlu buka heater untuk panaskan air.hehehe..


Cerita banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Ini adalah screen shot dari iphone 4 Kay. Menunjukkan suhu 40 C pada waktu tengahari. Bila nak masuk Maghrib, suhu menurun menjadi 38C.  

Yang ini pula di Ibu Negara Iraq, iaitu Baghdad. Lagi panas dari Dubai.

Ini pula, di Kuala Lumpur.

Walupun di Dubai, Sibu tetap di hati...Sibu pun hujan macam Kuala Lumpur...

Ini adalah gambar teko untuk buat teh yang Lau Kong beli di IKEA yang terletak di Dubai Festival City.
Kalau anda nak cari, boleh cari nombor unit 901.500.71
Kay suka teko teh ni. Senang untuk buat teh. Serbuk teh tak bersepah-sepah dalam minuman.

Ini adalah biji kembang semangkuk. Sesungguhnya, kembang semangkuk adalah benda wajib yang mesti ada di rumah di Dubai. Kalau balik Malaysia, biji kembang semangkuk, adalah benda yang mak mertua pesan untuk di bawa pulang ke Dubai.

Kay masukkan 3 biji kembang semangkuk dan juga 3 sudu besar gula bersama-sama air mendidih.
Bila biji kembang semangkuk dah mengembang, air akan bertukar menjadi cokelat seperti warna air teh.

Selain dari air kembang semangkuk, Kay dan Lau Kong juga minum air rumput ular.
Ini adalah minuman yang diamalkan oleh keluarga Lau Kong. Jadi bila nak balik ke Dubai, Mak Mertua juga akan pesan untuk bawa bekalan minuman rumput ular ini.
Macam mana rasa minuman ini? Rasanya macam air cincau. Itulah yang Kay rasa masa mula mula minum air ini.
Minuman ini adalah dari tumbuh-tumbuhan iaitu self-heal, mulberry dan chrysanthemum.
Khasiat minuman ini yang tertulis di bungkusan ialah
-dispelling the wind and fever
-doing good to the liver and eyes
-dispelling rheumatism or poison
-lowering blood pressure
-preventing getting cold all the year round
-treating the pharyngitis
-dispelling the summer heat
-reducing the fever heat or heat in autumn or winter






No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...