Sunday, June 7, 2015

Restoren Marfa Al Noor Naif Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Dah makan?
Haa.. Kay makan tengahari di Naif.
Lepas borong 4 helai kain crepe, Kay singgah buat pertama kalinya ke Restoren Marfa Al Nour.
Haaa.. Kawan kawan cakap sedap.
Makanya , Kay sanggup meredah panas untuk makan the ' Best Shawerma in The World' .. 
Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pic!!

Special thanks to Khadijah Bt Zainal Abidin sebab sudi membawa Kay makan di sini disamping menemankan Kay beli kain crepe untuk buat blouse dan kemudiannya beli barangan kaca di kedai Silica.

Panjang umur murah rezeki, kita pergi jalan tempat lain sama sama okz

Sekian, terima kasih.

Inilah ruang dalaman Restoren Marfa Al Nour. Dari luar kedai hingga ke dalam kedai, semua warna oren. Di dalam kedai ini ada dalam 6 buah meja. Kedudukan kedai ni, Kay tak pandai nak terangkan. Cuba cari di google map. Heheh

Buku menu Marfa Al Noor. Kalau malas nak datang makan disini, boleh telefon sahaja untuk delivery.

Di belakang tu ialah tempat menyediakan makanan.

Kami pesan 2 shawerma ayam  yang berharga 5 dirham satu dan seekor ayam panggang/ ayam golek yang berharga 25 dirham.

Panas panas ni, kami pesan Jus Ciku 12  dirham untuk gelas besar, Jus Tebu juga 12 dirham dan Jus Epal, 6 dirham untuk gelas kecil.

Ini lah dia ayam panggang. Dihidangkan bersama-sama roti, salad, mayonis bawang putih dan humus.
Apakah humus diperbuat daripada kacang kuda yang dimasak. Dihancurkan dan dicampurkan dengan tahini (diperbuat daripada bijan), jus lemon, minyak zaitun, garam dan bawang putih.

Haa..Gambar ayam panggang yang sungguh menggiurkan...Kay rasa hanya dilumurkan garam dan dipanggang. Sungguh sedap. Isi ayam yang lembut.

Inilah dia rupa shawarma di Marfa AL Noor.  Memang special sebab pembalut (wrapper) nya nipis dan garing. Kay tengok macam lapisan kulit popia. Sepanjang Kay duduk di Dubai, Kay hanya makan shawaerma yang dibalut dengan roti pita atau roti arab. Di MArfa AL Nour ni memang best!! Terbaikk..Ditambah dengan cili sos Life yang dibawa khas dari Malaysia..hehehe 

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...