Saturday, April 16, 2016

Khadeejah Bella Dan durian belanda

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Entri Kali ini Kay nak cerita pasal Khadeejah Bella yang suka makan durian belanda.
Dia berumur 5 tahun, baru Kali pertama makan durian belanda.
Sebelum ini di Dubai, Khadeejah sukan makan strawberry Dan anggur sebab harganya murah dan buahnya besarbdan manis.
Bila pulang ke Malaysia, secara tepatnya di Miri, sukar untuk mendapatkan buah strawberry yang besar Dan manis.
Makanya, Kay beli buah-buahan tempatan seperti tembikai (orang Sarawak panggil semangka), buah mata kucing (orang Sarawak panggil lénggéng) Dan juga buah durian belanda.
Sebenarnya, Kay yang nak makan durian belanda. Khadeejah nampak Dan Cuba.
Kay tak sangka Khadeejah suka makan durian belanda.
Apa- apapun, Alhamdulillah di atas nikmat makan Dan rezeki yang Allah berikan.

Sekian, Terima kasih.

P/s: teringat ada kempen makanlah buah-buahan tempatan.

Gambar dibawah ialah durian belanda yang Kay beli di Tamu Lutong. Sebijik berharga 9 ringgit. Memang elok buahnya. Tiada bahagian yang busuk/buruk/dimakan ulat.



No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...