Thursday, March 9, 2017

Bubuk Miri

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Selamat petang.
Entry Kali ini nak kongsikan pasal bubuk.
APA itu bubuk?
Kalau tengok rupa, Kay panggil udang Popeye ( my father called it udang Popeye).
Di Miri, orang panggil bubuk.
Harga bubuk segar sekarang (tahun 2017 ialah 8 ringgit sekilo).
Harga dulu-dulu dalam 3-4 ringgit sekilo.
Bapa Kay Suka makan jemput- jemput udang Popeye segar.
Bubuk inilah yang digunakan untuk membuat belacan ( shrimp paste). Ada juga kawan Kay di Miri yang buat Belacan sendiri. Kalau Kay dah berguru, Kay akan kongsikan Cara Cara buat Belacan OK..heheh
Miri terkenal dengan Belacan Miri.
Boleh la beli Belacan Miri untuk dibuat ole-ole.
Kalau nak beli, boleh ke Tamu Muhibbah, Miri.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

P/s: Dimana ada udang, di situ ada buaya..

Alhamdulillah..Rezeki tolong kawan. Dapat bubuk kering yang dibuat sendiri.
Cara-caranya ialah bersihkan bubuk segar. Masukkan dalam air mendidih yang telah dicampurkan garam. Rebus sebentar Dan toskan. Kemudian, dijemur sehingga kering.
Cara nak makan antaranya ialah,
1) digoreng dengan hirisan bawang besar Dan hirisan Cili
2) dimakan kicap, perahan air limau kasturi Dan hirisan Cili

No comments:

Post a Comment

Khadeejah Bella dan pertandingan bercerita Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Cerita panas ....hahaha... Kay nak abadikan momen Khadeeja...