Friday, March 10, 2017

Mama kenapa Buku Ni old

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
APA khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Soalan diatas ditanya oleh Khadeejah.
Hurmmmm...

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Ini la Buku yang lama tu. Kay pinjam di Masjid Piasau. Sebab nak ajar Khadeejah mengaji. Dia ada belajar mengaji menggunakan Buku Iqra'. Cara Buku Iqra' ialah dengan terus membaca. Tidak mengeja. Kalau tak silap, Cara yang bagus untuk belajar baca Quran ialah dengan mengeja. Di Dubai, Kay ada belajar mengaji menggunakan kaeah Nooraniyah. Memang Kena mengeja menggunakan bahasa Arab ( fathah, kasrah, dhammah Dan sebagainya).
Alhamdulillah Kay sempat habiskan belajar kaedah tersebut sebelum pulang ke Malaysia. Kay ada beli buku kaedah Nooraniyah tu, Tapi tak tahu letak di mana. Itu yang Kay pinjam muqaddam di Masjid Piasau untuk sementara.

Kay ambil kesempatan untuk terangkan pasal tahun kepada Khadeejah memandangkan dia telah belajar tulis Hari Dan tarikh di sekolah tadika ( setiap Hari akan tulis dipenjuru atas Buku). Persediaan untuk masuk ke darjah Satu.

Masa kecil dulu, Kay belajar mengeja dalam bahasa Melayu. Seperti di dalam Buku diatas. Tapi bila dah belajar kaedah Nooraniyah, Kay rasa lebih elok gunakan bahasa Arab. Sekarang Kay ajar Khadeejah gunakan perkataan Arab. Alhamdulillah dia boleh ikut sebab Masa Kay belajar di Dubai dulu, Khadeejah ikut ke kelas tersebut. Masa tu dia berusia 4 tahun. Dalam kelas tu, dia dengar. Makanya Khadeejah boleh terima APA yang Kay ajar kan. Boleh lah Khadeejah ikut APA yang Kay baca.

Dalam Buku Ni tiada huruf hamzah Dan lam alif

Muka Surat yang ini, Khadeejah Tanya kenapa huruf tu ada garisan putus putus. Kay belum jawab lagi. Tengah fikir macam mana nak terangkan. Hehehe


Haa..Kay dah siap balutkan Buku Ni dengan plastic. Baru confident nak pakai. Sebab nya, kalau tak balut, takut mudah koyak. 



No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...