Friday, March 3, 2017

Bunga Kantan Dan Laksa

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Masak APA?
Hurm..Kay dah lama nak buat laksa Penang. Tapi pelakon Utama ( bunga Kantan tak ada).
Harini Baru jumpa pelakon Utama... Hehehe..

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Inilah rupa bunga Kantan. Kalau tak ada bunga Kantan, tak sedap la kuah laksa Penang. Kay ingat nak letak daun kesum aje, sebab pokok daun kesum ada di belakang Rumah. Bila bila nak pakai, senang Saja petik di belakang. Tetapi alang- Alang nak buat, biar buat betul-betul sebab nak bagi sedikit pada kawan kawan di Miri. Mereka Minat laksa Penang.
Kalau nak buat laksa Penang, tak best la buat kuah sikit sikit. Jadi bila buat, mesti banyak. Bila banyak, Kay akan kongsikan sikit dengan kawan kawan. Disamping mereka boleh merasa, mereka boleh komen.
Kay beli bunga Kantan Ni di Piasau. Masa dalam Perjalanan nak hantar Khadeejah ke sekolah agama. Dijual oleh orang Iban. 3 batang tu RM2. Kira OK lah. Kalau beli di TAMU Muhibbah di Bandar, tak silap 3 batang ialah RM 3. Bila beli, Kay pun Bertanya ' kitak tanam sendiri kah?' Penjual cakap, tidak. Adik dia dari Suai yang Bawak dari kampung.. selain bunga Kantan, ada kunyit, daun bawang. Ada juga ikan Mayong salai yang disalai oleh orang Melayu. Kiranya orang Melayu tu letak di gerai tepi Jalan tu la.
Insha Allah, lain Kali boelh beli ikan salai tu. kalau Kay beli Dan masak, akan dikongsikan di entry yang akan datang.



No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...