Friday, March 3, 2017

Khadeejah Dan tri scooter

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Lagi entry pasal Khadeejah.
Kay tulis supaya Khadeejah dapat baca Nanti.hehehe..

Haa...Kisahnya dia tengok YouTube Dan tak silap nama budak tu Chase ( Chase Corner) main butterfly scooter.
So Khadeejah pon nak la.
Sebenarnya, dah lama juga dia nak. 
Sebab Masa kami sekeluarga ke eMart Riam, dia nampak ada uncle bawa Kotak scooter. 2 scooter Uncle tu beli.
Khadeejah cakap " mama! Ada scooter" sambil tunjuk ke Arah uncle tu.
Kay angguk sahaja. Tak cakap akan beli pun.
Kami beli barang dapur Dan kemudian pulang ke rumah.
Alhamdulillah, Khadeejah Ni jenis tak merengek- rengek mahu beli.
Kay cakap tidak, dia OK Saja.

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sebelum nak beli tri scooter Ni, Kay bukak  YouTube dulu. Tengok macam mana main nya. Selamat kah untuk usia Khadeejah yang 6 tahun. Yang bestnya, orang dewasa pon boleh main. Kebetulan sehari sebelum Kay nak beli, Kay dah survey. Ada promosi..Itu menyusukan lagi alasan untuk membelinya.
Terus suruh promoter pasang siap siap. Senang nak main Nanti. Kay beli sebelum ambil Khadeejah Dan Ayshah pulang dari sekolah.
Bila Khadeejah masuk kereta, dia tengok di belakang, Dan tersenyum lebar. Terdahulu hasrat dia nak butterfly scooter. Lepas ambil sekolah tadika, terus ke sekolah agama. Bersepakat dia ke sekolah agama sebab nak try test scooter Baru!!!

Harga sebelum discount ialah rm299. Lepas discount Jadi Rm179 kalau tak silap.

Butterfly scooter untuk Khadeejah. Yellow Ferrari car untuk Ayshah. Kay bawa mereka main di taman. Sebab luas Dan selesa. Kalau di Rumah tak seronok sangat..

Kalau tak jatuh, tak sah. So inilah gambar kaki nya. Menangis juga Khadeejah.

Yang belakang tu,z kaki melecet sebab pakai kasut Tapi tak pakai stokin


Khadeejah main turun dari Bukit ( yang tak berapa curam). Tapi tangan kecil Dan tak cukup tenaga nak tekan break tangan. Makanya jatuh la...kihkihkih

Selain belajar, mesti lah beriadah atau bersukan supaya seimbang. Kay pon dah main scooter tu..BEST!!! 

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...