Wednesday, September 27, 2017

Pengalaman kelas mengaji di Taski Tahfiz ABIM Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Semalam, hari Ahad, Kay berkesempatan untuk mengikuti kelas Tajwid yang dianjurkan oleh sekolah agama Khadeejah.
Kali terakhir Kay belajar mengaji atau lebih spesifik nya tajwid adalah semasa di Dubai iaitu tahun 2014. Sejak pulang dari Dubai dan menetap di Miri, Kay belum berpeluang untuk ke kelas Tajwid.
Setakat membaca Al Quran sendiri dirumah tanpa didengari oleh orang lain.
Alhamdulillah Kay boleh membaca Al Quran. Lancar tu ok lah.
Cuma tajwid kurang.
Ada kelas tajwid di Masjid Besar Miri (Masjid At Taqwa) yang terletak di bandar. Setiap hari Isnin pukul 1030 -1130 pagi. Oleh Ustaz yang sama cuma
Kay belum lagi berkesempatan nak ikut..
Apa apa pun Kay bersyukur sebab dapat mengikuti kelas tajwid semalam.
Yuran hanya RM 5.

Sedikit info Uztaz yang mengajar semalam.
Nama: Sharafuddin Bin Suaut
Asal: Miri
Pendidikan: Sekolah rendah di Miri, umur 13 tahun melanjutkan pelajaran di Tahfiz di Terengganu. Mengambil SPM dan STPM di Kelantan, kemudian melanjutkan pelajaran ke UKM.

Perkara yang diajar semalam ialah:

Jenis jenis kesalahan. Ada 2 iaitu:
1- lahn (kesalahan) Jalli (nyata) terbahagi
2-lahn (kesalahan) Khofi (sembunyi)

Ada 28 Huruf.
Ada 28 bunyi baris atas (fathah)
Ada 28 bunyi baris bawah (kasrah)
Ada 28 bunyi baris depan (dhammah)
Ada 28 bunyi baris mati (sukun)
Maka jumlah keseluruhan ada 112 bunyi.

Alif tidak dikira sebab ianya huruf mad.

Ustaz juga mengajar Makhraj huruf (tempat keluar huruf). Kay kongsikan tak semua huruf sebab tak salin penuh. hehe..apa apa boleh rujuk buku Tajwid masing masing ya..

1) 2 huruf, 2 bibir dirapatkan --> ب،م
2) 1 huruf, 2 bibir dimuncungkan-- > و
3) 1 huruf, bibir bawah menyentuh gigi atas bersifat angin dilepaskan --> ف
4) hujung lidah diletakkan dibelakang gigi kacip bawah bersifat siulan -->  ز، ص ،س
5) hujung lidah diletakkan dibelakang gigi kacip atas-->ت،د،ط
6) hujung lidah dikeluarkan --> ذ،ث،ظ
7) hujung lidah dilengkungkan -->ر
8) hujung lidah dibelakang gusi atas--> ن



Selepas ajar makhraj huruf, dilanjutkan ke bacaan surah al Fatihah.
Ustaz dengar, kemudian dia tulis di papan putih huruf huruf yang bermasalah.
Untuk Kay... banyak huruf yang bermasalah bila membaca. Tidak dinafikan, sebab masa di Dubai, memang Kay ditegur banyak kali.

Huruf bermasalah Kay ialah ل،ع،ن،ق،غ،ص،ض
Haa.. banyak betul salah nya..

Apa apa pun Kay berpuas hatu mengikuti kelas tajwid walaupun tidak ramai yang mengikuti. Sedikit sebanyak Kay dapat ilmu dan berhati hati dalam bacaan.

Tips: Bila sudah tahu bunyi yang betul, teruskan banyak ulangkaji atau bacaan. Kalau tidak, tidak betul la bacaan kita..
Cerita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Tempat duduk Ustaz

Tempat duduk pelajar (ibubapa). Best jugak duduk kat meja pelajar. Dah lama tak duduk kat meja kanak kanak. hehe

Jamuan ringan...Roti sardin goreng dan samosa. Dalam bekas tipuware, ialah kek pandan dan kek perisa cokelat --> Kay buat..heheh


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella dan kerja sekolah dan kecederaan di sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? harap sihat hendaknya. Sekarang kita di bulan Sya'ban.  Harap dipanjangkan...