Saturday, September 23, 2017

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam.
Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hijriah 1439.
Hari ini Kay nak kongsikan sedikit cerita pasal Shafeeyyah Bella lagi.
Sebelum ni, Kay dah mula cakap 'up' untuk suruh Shafeeyyah bangun. Sebagai persediaan untuk berjalan. Pagi tadi, bila Kay cakap 'up' dia dah pandai dengar arahan, dan bangun.
Ada lagi satu arahan yang Kay perasan dia dah pandai iaitu arahan untuk ambil botol air. Kay tunjukkan tangan ke arah botol air, sebab Kay tahu dia nak air. Surprisingly, dia terus ke tempat yang Kay tunjukkan pakai tangan.

Ada satu lagi peristiwa...iaitu..di CAKAR kucing...
Sesungguhnya Shafeeyyah tak takut kucing. Bila duduk dengan kucing, tangan nak tak berhenti henti menunjal, meraba, mencucuk kucing. Disebabkan itu, dia kena cakar..
Cuma Kay tak pasti
apa yang Shafeeyah buat pada kucing sampai kucing tersebut mencakar sebab Kay tiada di tempat kejadian. Kay berada di dapur  Sedang menggoreng ikan kembung kunyit dan masak sayur bayam..


Cerita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Khadeejah Bella dan pertandingan bercerita Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Cerita panas ....hahaha... Kay nak abadikan momen Khadeeja...