Saturday, March 24, 2018

Anjung Ketam Tanjung Aru Labuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Dah makan?
Haaa... semalam Kay berpeluang untuk makan seafood di Labuan.
Kalau di Labuan, mesti makan seafood.
Di mana? Ada beberapa tempat.
Entry ini Kay nak kongsikan salah satu tempat nya iaitu Anjung Ketam di Tanjung Aru.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Ini adalah pemandangan dari tempat parkir kereta.
Waktu petang dalam 4.30 petang. 

Ini adalah tugu atau landmark Tanjung Ketam.
Tentulah gambar ketam kan. Takkan gambar kucing pula... hehehe..
Dulu masa Kay buat on job training di Labuan, dalam 8 tahun yang lepas, belum ada lagi tugu ketam ni.. 

Ini pula papan tanda menghala ke kawasan kedai atau tempat makan yang terletak diatas air. 

Kerusi dan meja.agak besar kawasan nya. 

Lagi pemandangan dari tempat makan. Kalau datang waktu petang dapat la tengok.
Kalau datang waktu malam, alamatnya tak dapatla. Tengok makanan saja lah. 

Ada orang tengah tangkap ikan kot. 

Seronok makan di kawasan tepi pantai ni. Sebab sambil makan, sambil di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. 

Ada 4 kedai di Anjung ketam. Ini kedai nombor 1. Kedai ni masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan!!  
Ini kedai nombor 2. Menurut penjual kedai ni, ketam nipah lagi banyak isi dari ketam bunga. 

Ini kedai nombor 3.

Ini kedai nombor 4.

Antara makanan laut di Anjung Ketam. Sotong dan bamboo clam ataupun mentaram. 

Ikan dan udang. 

Ini pula lokan. 

Inilah rupa ketam nipah. Warna hitam. 

Ini pula senarai jenis masakan. Ada blackpepper, buttermilk, sweet and sour, dan macam macam lagi. Termasuk harga nya sekali.
Senarai harga sayur pun ada. Malam semalam kami makan baby kailan dari kedai nombor 1. Sedap. Alhamdulillah. 



Ini pula keadaan belakang kedai. 

Ini lokan masak sambal dari kedai nombor 4.500 gram berharga RM12.50


Ini kepah masak sambal dari kedai nombor 1

Udang masak buttermilk dan sotong celup tepung dari kedai nombor 1 juga.
Jumlah harga makanan (kepah 300gram masak sambal, sotong 400gram masak celup tepung, udang 300gram masak buttermilk, lokan masak sambal, nasi putih 1 pinggan, aku nasi gorengxina dan mee goreng) berharga RM108. Air kami tak beli. 


Cenderahati yang diperbuat dari kulit kerang. Cantik juga. Tapi Kay beli. Ambil gambar dan mungkin akan buat sendiri dengan my Bellas.
DIY gitu.... 


No comments:

Post a Comment

Khadeejah Bella dan pertandingan bercerita Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Cerita panas ....hahaha... Kay nak abadikan momen Khadeeja...