Tuesday, March 27, 2018

Selamat Harijadi ke 7 Khadeejah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
25 Mac yang lepas, ialah tarikh hari lahir Khadeejah.
Tahun ini dia genap 7 tahun.
Alhamdulillah Khadeejah dikurnia kan kesihatan yang baik dan membeaar dengan sihat.

Semoga Khadeejah cemerlang dunia dan akhirat.

Cerita banyak banyak tak best.

So let's enjoy some pixx!!

Khadeejah minta untuk bawak honey cornflakes untuk diberikan pada kawan kawan di sekolah.
Kay dah beli beberapa mingu awal bahan bahan nya termasuk plastik beg yang kecik kecik.
Khadeejah tolong Kay gaulkan cornflakes tersebut walaupun dia agak berhati hati sebab takut terkena kuali panas.
Bahan bahan nya ringkas iaitu cornflakes, butter, dan semestinya madu!

Ini pula bekas cupcake yang Khadeejah minta. Dia nak warna pink dan strawberry.
Kay beli di super save. Berharga RM2.50

Inilah rupa bila dah dimasukkan dalam beg plastik kecik kecik.
Lepas masukkan cornflakes ke dalam cairan butter dan honey, Kay isikan honey cornflakes ke dalam
bekas cupcake.Kemudian Kay bakar seketika didalam oven.

Khadeejah tulis sensdiri nama pada kertas yang akan di kepilkan di plastik cornflakes.
Yang mana tersalah tu, Kay suruh buang dan tulis semula---> salah satu cara untuk buat latihan tulis nama dan tulis tarikh haribulan dengan betul. kalau 1 mesti st, kalau 2 mesti nd kalau e mesti rd. Dan nombor yang lain ialah th.

Bermacam macam warna kertas.
Dalam kelas Khadeejah ada 46 orang murid.
Kay buat lebih sebab nak berikan juga pada guru guru matapelajaran.

Kay bagi hadiah apa? Takda hadiah sangat. Kebetulan selipar Kahdeejah dah sempit.
Makanya Kay beli selipar yang murah. Khadeejah pilih selipar yang ada bear dan semestinya dia nak warna pink!

Ini bukan hadiah. Kay gatal gatal nak belikan sebab Khadeejah dan Ayshah asyik koyakkan buku untuk buat kapal terbang.
Makanya Kay beli yang ini. Berharga RM2.11 di Super Save.
I love Super Save!!!

Alhamdulillah. Khadeejah dan Ayshah suka mainan ni. Kay nasihatka supaya kapal terbang ni tak terlipat atau koyak. Kalau tak, dia tak boleh terbang dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...