Tuesday, April 24, 2018

Ayshah Bella dan kerja sekolah dan kecederaan di sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
harap sihat hendaknya.
Sekarang kita di bulan Sya'ban. 
Harap dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.
Alkisah ,nak abadikan perihal Ayshah.

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Seperti biasa, bila suruh Ayshah duduk diam dan menulis, adalah mencabar.
Sebabnya kadang kadang Syafeeyyah kacau (turut menulis dan pegang buku kakak-kakak), terganggu dengan mainan atau pun apa yang menarik perhatian Ayshah.
Bila waktu malam atau petang, agak sukar nak suruh Ayshah buat kerja sekolah. Melainkan kalau Ayshah dah tidur sebentar.
Petang semalam, Ayshah tak tidur Petang. Makanya bila malam, dia tak boleh nak fokus untuk buat kerja sekolah. Bila Kay suruh buat, jawapan nya ialah tangan Ayshah dah penat.Padahal baru tulis tak sampai 10 perkataan.
Kay tak marah. Dan cakap, besok pagi, sebelum ke sekolah kena buat.
Alhamdulillah keesokan harinya, dia bangun awal (mudah dibangunkan sebab dah ingatkan dia untuk buat kerja sekolah).
Tapi, bila dah bangun, siap gosok gigi dan pakai baju sekolah, kerja sekolah masih tak siap
Kay pun cakap, lepas siap kerja sekolah, boleh pakai LIPSTICK.
Dengar sahaja perkataan LIPSTICK, bersemangat dan cepat sahaja Ayshah tulis.
Sementara dia tulis, Kay duduk sebelah dan tanya huruf huruf yang dia tulis. It makes me happy when she knows the alphabets. Tidak la tulis sahaja tanpa kenal huruf huruf tersebut.
Lepas siap, Kay terus tunaikan janji, bagi Ayshah pakai lipstick warna merah.
Ayshah happy ke sekolah sebab dia suka melaram cantik-cantik.
Asal dia bahagia, ok lah. 

Yang ini pula, telinga Ayshah ada luka. Kay ambil gambar ni hari Isnin.
Tak silap, Hujung minggu yang lepas, semasa Kay bersihkan telinga Ayshah, tak ada pula luka atau berdarah. Kay risau dan terus ke klinik berdekatan. Nasib baik doktor cakap luka diluar dan tiada ubat yang diberikan, doktor cakap biar kering sendiri.

Kay bertanyakan pada Ayshah, macam mana boleh luka. Dia cakap,kawan ikat rambut dia, lepas tu butterfly pada getah rambut nya tercocok pada telinga.
Pada hari Selasa, Kay berjumpa guru kelas, dan memberitahunya.
Guru memang cakap, kawan kawan suka main rambut Ayshah.
Kay juga sepatutnya tak pakaikan getah rambut itu pada kanak kanak.
Sebab kanak- kanak ni tangan gatal. hehehe...
Apa apa pun, Kay akan beritahu guru besar. Supaya mungkin akan diberikan nasihat kepada semua murid supaya berhati hati.

Yang ini pula, berlaku hari ini. Tersepit pintu pula.
Angin tiup kuat dan pintu tertutup.
Ada lebam sikit. Harap ok semua nya.
Kay ada nasihatkan Ayshah supaya tak keluar dari kelas kalau cikgu tiada.
Dan berhati hati sentiasa.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...