Monday, May 28, 2018

Khadeejah Bella dan keputusan kertas agama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Kita di bulan Ramadhan , hari ke 12.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca sekalian
Semoga dirahmati Allah.
Agak lama Kay tak update blog.
Sebabnya sibuk cuti (Cuti ganti PRU ke 14) dan pertukaran jadual waktu ujain penggal di sekolah Khadeejah.
Ujian penggal memang penting. Dan soalan soalan bagi matapelajaran wajib seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disediakan oleh sekolah sekolah lain.
Makanya, kena belajar rajin sikit supaya dapat menjawab soalan dengan mudah..
Apa apapun, kunci utama untuk menjawab dengan baik ialah, kebolehan untuk mengeja dan membaca.
Alhamdulillah Khadeejah seorang yang cepat tangkap. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tiada masalah. Kertas Bahasa melayu dapat A dan Bahasa Inggeris dapat B (lagi satu mata, boleh dapat gred A).
Apa apapun, Alhamdulillah dan akan cuba untuk ujian seterusnya.
Disebabkan dia berkebolehan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dia terpilih untuk mewakili kelas untuk pertandingan bercerita untuk minggu bahasa yang akan berlangsung selepas cuti Hari Raya Puasa.
Sekarang, kami berada di semenanjung dan Kay akan tunaikan janji untuk membawa Khadeejah dan adik adikny a berjalan!!!

Berbalik kepada tajuk entry diatas, untuk kertas Agama, Khadeejah mendapat markah penuh iaitu 100%.
Alhamdulillah. Antara orang yang Kay berterima kasih secara khusus ialah Ustazah Fida dan Ustazah Diyana kerana mereka adalah antara orang yang pertama mendidik Khadeejah dalam agama. Dan secara amnya kepada sekolah agama tersebut.
Orang yang pertama mestilah Kay sebab semuanya bermula dirumah.

Alhamdulillah, keputusan Kay menghantar Khadeejah ke sekolah agama seawal usia 5 tahun dan 6 tahun membuahkan hasil.
Malangnya, dia tidak dapat meneruskan pembelajaran disana atas sebab sebab tertentu. Agak rugi juga sebab Ayshah Bella juga tidak dapat belajar disana. InshaAllah kalau ada rezeki, Kay akan hantar Ayshah juga tahun hadapan. Ikut keadaan.
Antara soalan yang ditanya di dalam kertas ujian ialah Rukun Iman, Huruf Hijaiyah, dan sambungkan huruf jawi.


Semoga guru guru disekolah tersebut dapat terus menjalankan tugas dengan baik dan semoga Allah permudahkan perjalanan Khadeejah Bella untuk menjadi insan berguna di masa hadapan.

Semoga Allah berkati tenaga pengajar dan sekarang masih bulan Mei, iaitu bulan Sambutan Hari Guru, makanya Kay ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru”.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...