Friday, October 12, 2018

Melawat Khadeejah di waktu rehat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
The Bellas baik-baik sahaja.
Tengah bersiap siaga untuk peperiksaan akhir tahun.
Alkisah,  hari ini hari Jumaat.
Penghulu segala hari bagi umat Islam.
Khadeejah keluar sekolah pukul 1130 pagi.
Waktu rehat ialah pukul 10 pagi.
Sewaktu hantar Khadeejah ke sekolah pagi tadi,  Kay ada beritahu yang mama tak datang waktu rehat sebab dah siap bekalkan roti pizza dan air masak.
Tapi,  terdetik juga nak datang sebab alang alang Kay keluar rumaj sebab beli barang dapur sedikit.
Bila sampai ke kelas,  Khadeejah baru sahaja kembali ke tempat duduk dari tong sampah.
Kay tanya kenapa.
Dia cakap roti pizza tu ada banyak semut.
Nasib baik Kay datang dan bawa beg duit.
Selalu Kay tak bawa beg duit.. hehehe
Terus kay bagi dia seringgit untuk beli makanan di kantin.
Silap Kay sebab tak. masukkan roti pizza tersebut ke dalam bekas makanan.
Itu yang semut hurung.
Sememangnya kelas Khadeejah banyak semut.
Cepat sahaja semut tu datang ke beg Khadeejah.
Apa apapun,  semoga ini menjadi peringatan dan pengajaran kepada Kay.

p/s: Pagi tadi nak cepat.  Ambil roti pizza dari beg plastic bakery, terus masukkan dalam beg sekolah Khadeejah.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...