Monday, May 27, 2019

Biskut Makmur Kacang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Lama Kay tak update blog sebab anak ujian ditambah pula sekarang bulan Ramadhan..
Kay tidak ketinggalan bawa anak anak ke masjid menunaikan solat terawikh.

Berbalik kepada tajuk entry diatas,
al kisah Kay rajin pula nak buat biskut raya.
Kay suka makan biskut makmur. Tapi sepanjang 34 tahun ni tak pernah pula nak belajar buat dan merajinkan diri untuk cuba buat.
Tapi tahub ini,  angin kus kus masuk dan Kay tergerak nak buat.

Sebelum buat biskut ni Kay ada telefon Mak Cho (nama sebenar Puziah Bt Ahmadiah) ,  iaitu makcik Kay belah arwah mak.
Mak Cho cakap,  arwah Atuk (Tok Ahmadiah)  suka makan biskut makmur.  Jadi Mak Cho akan buat bila nak raya.Mak Cho cakap,  tepung perlu disangai supaya ringan.
Minyak sapi perlu dicairkan.  Kemudian 2 bahan tadi dicampurkan supaya dijadikan doh sampai tak. melekat pada tangan. Kemudian dibentukkan.  Intinya ialan kacang tanah.

p/s: Kay cuba buat inti kacang,  tapi leceh.  Makanya Kay gaulkan sekali kacang dalam doh kemudian dibentukan bulat bulat.
Mudah dan cepat.
Tapi dah macam biskut kacang la pulak.

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian,  terima kasih.

Kay guna kacang tanah.
Boleh juga gunakan cashew nuts. 

Tepung disangai (digoreng tanpa minyak)
Menuru Mak Cho,  supaya tepung ringan. 

Alhamdulillah. Inilah hasilnya.
Kay bakar pada suhu 160 selama 20 minit.
Selepas sejuk,  digaulkan dengan gula aising.
Ada resipi lain di salut juga dengan susu tepung.
Biskut ini akan dibawa ke Sibu.  Sesiapa yang datang ke rumah mertua,  dapat lah rasa. 

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...