Saturday, October 19, 2019

Ayshah Bella 6 tahun dan pengalaman jatuh basikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Dah lama Kay tak update.. sekali..... nahhhh... cerita pasal Ayshah Bella jatuh basikal.
Petang semalam bersamaan 16 hb Oktober,  Kay dah larang mereka bermain di luar denfan anak jiran.
Tapi mereka nak juga....
Kay dalam rumah mengemas rumah,  tup tup nampak muka Ayshah berdarah..
Kay tak lah marah... Fikir dulu apa nak buat.
Disebabkan dirumah tiada peralatan dan ubatan nak cuci luka, Kay bergegas ke Klinik 1Malaysia.
Klinik swasta tutup sebab waktu rehat petang.
Klnik 1Malaysia buka 630 petang,  maka itulah yang Kay tunggu.
Nurse bersihkan luka dan beritahu,  perlukan jahitan supaya luka cepat sembuh.
Kay nampak jarum bagai,  Kay pun dah cuak.
Sebelun nak jahit,  pembantu doktor ada bertanyakan pasal medical card.
Kalau ada,  boleh pakai gam untuk luka di kepala Ayshah.
Kay suruh hold dahulu,  dan call klinik swasta yang terdekat dalam taman perumahan bertanyakan pasal gam untuk luka.
Meraka cakap ada.  So Kay beritahu klinik 1Malaysia yang Kay nak pakai gam.
Sebab kalau pakai jahitan,  kena datang semula untuk buka jahitan.
Kay malas pula nak berulang-alik.

Alhamdulillah semua berjalan lancar di klinik swasta.
Harga yang dikenakan ialah RM 80 sekali dengan antibiotik.
Nasib baik cukup duit dalam beg duit.

Hari ini,  Ayshah ke sekolah juga sebab tidak demam dan sihat sahaja.
Kay beritahunpada guru besar dan rezeki juga bila guru besar cakap boleh buat tuntutan.
Kalau nak difikirkan,  malas Kay nak buat tuntutan. Tapi memandang Kay ada masa dan nak tahu lebih lanjut,  maka Kay gigihkan juga ke bangunan AIA dengan seorang kawan.
Tujuan bawa kawan ialah supaya boleh tunggu di kereta sebab takut susah nak cari parking.

Alhdulillah mudah nak buat tuntutan.
Sebelum nak buat tuntutan,  Kay telefon Customer Service AIA dan bertanyakan apa yang diperlukan untuk membuat tuntutan.

Infonya ialah
1.Resit klinik dan sedikit info di belakang resit beserta cop dan tandatangan doktor.
2. Nombor polisi yang diambil
3.Nombor Akaun bank sebab duit tuntutan akan dimasukkan kedalam akaun tersebut.


Sebelum ke bangunan AIA, Kay berjumpa guru besar untuk bertanyakan lebih lanjut.

Guru besar telefon Agen yang menjual insurance tersebut dan bertanyakan lebih lanjut sebelum Kay bergerak ke sana. Agen tersebut memberitahu siapakah yang perlu dicari untuk membuat tuntutan.

Selepas isi borang,  habis cerita..

Sekian, terima kasih.

Kay pergi ke klinik 1Malaysia sebab itu buka awal iaitu 630 petanf.
Kalau klinik swasta di kawasan perumahan buka pukul 7 petang.
Nurse tolong bersihkan.  Bila dah nersih dan nampak luka dengan jelas,  keputusannya perlu dijahit supaya cepat sembuh lukanya.
Alamak,  pakai jarum dan benang.  Lepas tu kena datang semula untuk buka jahitan.
Pembantu doktor bertanyakan samada Kay ada medical card atau tidak.  Kalau ada,  boleh ke klinik swasta dimana mereka gunakan gam.  Jadi lebih mudah. dan tidak menakutkan.
Kay ada medical card cuma klinik tersebut jauh dari rumah.  Kay ingat ada klinik swasta yang terdekat dan Kay telefon untuk bertanyakan samada ada gam ke tidak.
Klinik tersebut ada,  makanya Kay cakap di Klinik 1Malaysia yang Kay mahu ke sana.
Sebenarnya Kay yang takut tengok jarum tu.. Kalau Kay takut,  apatah lagi si Ayshah.
p/s: Pesanan dari klinik 1Malaysia,  perhatikan Ayshah sekiranya ada pening,  muntah muntah dan kalau Teruk jika diserang sawan.  Jika berlaku perkara tersebut segera ke hospital.  Alhamdulillah Ayshah sihat sihat sahaja.. 

Alhamdulillah, sudah selamat semuanya
 Jumlah ialah RM80 untuk tampal bahagian luka dan antibiotik.
Keesokan harinya Aushah ke sekolah seperti biasa.  Kay maklumkan kepada guru besar.  Dan Guru Besar beritahu boleh buat tuntutam sebab pihak tadika ada buat caruman insurance.  Jadi perlukan resit dan sedikit ukusan daripada doktor dan cop klinik. 

Tengah tumggu borang tuntutan kemalangan di print.  Senang sahaja.  jangan lupa nombor akaun bank.  Duit tuntutan akan di bank in dalam masa 14 bekerja. 


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...